SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

25 July 2011

Telemovie DIMANAKAN KU CARI GANTI arahan Osman Ali

Atas permintaan, kami berikan sinopsis telemovie DIMANAKAN KU CARI GANTI yang bakal diterbitkan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd arahan Osman Ali. Telemovie ini akan dimulakan pengambaran lusa. Jika dibaca dari sinopsis asal yang diberi oleh Suhan Movies, cerita ini penuh emosi. Ditambah pula  dilakonkan oleh FAEZAH ELAI yang akan memantapkan emosi semantap penangan Zaliya dalam Asmara & Asmara 2... :) Watak hero pula telah diinform oleh Suzzanna Elai yang mana hero dilakonkan oleh Arja Lee. menurut Suzzana Elai lagi, pengambaran berlangsung di Sg. Petani, Kedah selama 10 hari... :) near to my hometown... orang2 kampung! serbu sungai petani! hehehe... :)


Faezah Elai



Arja Lee



Lain-lain pelakon yang turut membantu dalam menjayakan telemovie ini seperti Balqis, Muslina, Farah (menantu Fauziah Nawi)


sinopsis awal telemovie DIMANAKAN KU CARI GANTI

 
"….Chah sayangkan Azhar…Itu saja yang dia tau…Itu saja yang penting…Tuhan telah menyenangkan jodoh mereka berdua dengan meletak kedua keluarga mereka duduk bersebelahan berjiran semenjak mereka masih dalam kandungan…Kalau tidak, mungkin Chah akan berkawin dengan orang lain…Mungkin dengan Mawi, mungkin dengan Tom Cruise, atau mungkin dengan Datuk K yang tebal misainya tu…Tapi itu kalau Chah tidak kenal Azhar….


Bila Chah dah kenal Azhar, bila hati Chah telah pandai mengenali dan merasai cinta (semenjak dia baru berumur 8 tahun), tidak ada lelaki lain di dunia ini yang mampu bertahta di hatinya selain dari Azhar…Azhar, Azhar, Azhar, Azhar, Azhar….Itu saja yang bermain didalam fikirannya…

Chah manis…Chah sweet…Chah comel…Chah manja…Chah, Chah, Chah, Chah…..Azhar tidak boleh ingat waktu bila fikirannya tidak berfikir tentang Chah…Waktu solat pun Azhar terpaksa berhempas pulas untuk menumpukan fikiran kepada ibadatnya…Mungkin ini yang di namakan angau…

Azhar tak tau bila putik cinta terhadap Chah ni bermula. Yang dia ingat, dia rasa cemburu gila  bila melihat Chah main mata dengan Mat Som, teman baiknya. Waktu tu mereka di tingkatan 5.  Azhar tau mereka berdua memang rapat, tapi dia tidak pernah memikirkan soal-soal jiwang…Heiiiiii…Geli tekaknya nak menyebut perkataan cinta…

Chah akan ketawa bila teringatkan peristiwa dengan Mat Som. Chah hanya meminta pertolongan Mat Som untuk mengajarnya subjek matematik. Tapi peristiwa itu telah membantu menukar ‘hala-tuju’ hubungannya dengan Azhar…Semenjak itu mereka berdua seperti Romeo & Juliet, atau Tom & Jerry (cerita kartun yang mereka berdua gemari sejak dari kecil)…

Dan apa lagi yang lebih membahagiakan apabila rasa cinta mereka berdua di satukan dengan satu ikatan yang lebih kudus…Meleleh airmata Chah bila Azhar mencium dahinya…Seluruh jiwa dan raganya terasa seperti diserahkan bulat-bulat kepada Azhar…Dan dari saat itu Chah bersumpah akan mencintai Azhar sampai dia menutup mata….

Tak sampai sebulan mereka bersatu sebagai suami isteri, Chah mulai loya-loya tekak…Kedua-dua keluarga menyambut berita kehamilan Chah dengan gembira. Mereka akan menerima cucu sulung.

Cinta Chah dan Azhar semakin menebal dan mendalam. Setiap detik dilalui dengan rasa manis dan haruman bak di syurga…Tidak pernah sekalipun mereka bertengkar atau bermasam muka…Chah rasa bersyukur yang amat sangat dengan rahmat yang di beriNya…

Hanya tinggal sebulan lagi sebelum mereka dengan rasminya bergelar ibu dan ayah. Chah dah tak sabar-sabar lagi untuk menimang anaknya. Setiap tendangan didalam perutnya membawa perasaan bahagia yang teramat sangat…Dia mencintai Azhar, tapi bagaikan ada satu lagi cinta yang sedang mekar didalam hatinya…Cinta terhadap nyawa yang sedang membesar didalam perutnya…

Petang itu Chah keluar dengan Azhar…Chah mengidam teringin benar untuk menjamah nasi kerabu Mak Cik Tipah…Motor yang mereka naiki sedang bergerak perlahan apabila tiba-tiba sebuah motor lain mendekati mereka dan cuba menarik beg tangan Chah. Percubaan mereka gagal kerana Chah melawan…Mereka terpaksa beredar, tetapi sebelum  mereka beredar, mereka menendang motor yang di naiki Chah dan Azhar….Chah tercampak dan kepalanya terhentak kuat di kaki lima jalan..."

apakah akan terjadi seterusnya? adakah Chah akan meninggalkan Azhar? atau adakah Chah akan koma seperti Zaliya di Asmara musim pertama? atau adakan mereka akan kehilangan anak pertama mereka dan Chah tidak mampu memberikan anak lagi kepada mereka? persoalan-persoalan ini akan terjawab dalam tayangan telemovie "DIMANAKAN KU CARI GANTI" yang akan menemui anda di TV2 tidak lama lagi...


sedutan lagu Dimanakan Ku Cari Ganti dalam filem Ibu Mertuaku (1962)




lirik lagu Dimanakan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


 
***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

4 comments:

ct N honey said...

suzzana elai ke faezah elai. Nama2 tu mmg nama sebenar ke digunakan dlam telemovie tu..rasa mcm tak sesuai lah

suhanpost said...

Suzzanna Elai sister of Faezah Elai merangkap PA dia... hehehe... nama dalam skrip itu le... tp xtaw la kalau director mau tukar... saje nk kekampungan skit kot sbb diorg shoot pun kat Kedah... 10 hari... :)

Anonymous said...

area kampung mana ya di Sungai Petani.. my hometown :)

suhanpost said...

itu xsure lak.. hehehe... xikut update ngan produksi... tp mesti la ada shoot kat tgh2 sg petani tu... silap2 p pantai merdeka gak... :)