SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

27 January 2011

ASMARA akan bermula pengambaran hujung bulan ni...

Bagi peminat setia Drama ASMARA di slot Lestary TV3 semestinya ni satu berita gembira... tp baru start pengambaran ye... start tayangan insyaallah kalau berjalan lancar mengikut jadual, mungkin pada 8 Mac 2011 iaitu susudah habis episod akhir Hani yang kini ditayangkan di slot Lestary.

Skrip penuh belum lagi dapat... Kak Pah, penulis skrip sedang bertungkus-lumus menyiapkan skrip Asmara II sebanyak 13 episod... setakat yang saya baca skrip yang ada... semestinya watak2 utama Asmara, Zaliya, Sahlan(ayah zaliya), Rohayu (mak zaliya) akan terus dikekalkan... begitu juga watak2 pelengkap lain dalam Asmara I.

Watak Mak tiri Asmara yang cun tu pun masih ada dan ditambah watak baru iaitu Zira dan Fikri iaitu sbg adik2 tiri Asmara. Aman a.k.a Amanjelina pun masih dikekalkan... watak2 lain sy akan update bila dapat confirm... :)

bagi pemintat2 yang tidak mengetahui kewujudan fan page follower ASMARA di Facebook..
ni linknya http://www.facebook.com/pages/Drama-Asmara-Slot-Lestary-TV3/136585646387299
dan bagi yang ingin lebih advance berforum tentang drama ASMARA, anda boleh membincangkan dan berbual di forum Cari.com
ni linknya http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=120&page=1
korang cari la Thread ASMARA. buat masa sekarang thread paling latest Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]... :)

sama2 nantikan update Asmara II... insyaallah...

18 January 2011

IN STUDIO : Begitukah Cinta

Drama terbaru terbitan suhan movies & trading sdn bhd bertajuk Begitukah Cinta untuk tayangan slot akasia telah pun memulakan penggambaran dan penyuntingan. Setelah beberapa material yang editor (aku lah tu..) terima, berikut merupakan sedikit sebanyak maklumat yang boleh dikongsi kepada penggemar drama tempatan.





Aku nak reveal jalan cerita pun nanti tak suspen pulak nanti. So, nanti nak dekat tayangan barulah aku reveal jalan cerita serba ringkas. Yang pasti, ceritanya kabhie khushi khabhie gham. Berikut pulak adalah senarai pelakon yang dapat aku detect sepanjang proses editing berlangsung.

Hero - Nazim Othman Heroin - Ainul Aishah
Aida Khalida
Ramona
Mie Raja lawak
Wan Nor Azlin
Khairil Anwar
Almy nadia

Jangkaan tayangan : sekitar pertengahan Februari

14 January 2011

GOSSIP??? Nazim Othman Nak Menyanyi??

Esok, pengarah abang haris kadir (dendam orang minyak, nigina, wadi rahmah, kepadamu kekasih) akan memulakan projek terbaru suhan movies & trading sdn bhd bertajuk begitukah cinta untuk slot Akasia TV3.

Heronya...yang pihak suhanpost dengar, adalah saudara nazim othman (suka la tu kepada yang suka dia....)

Baru tadi, tak sampai 5 minit, dia datang suhan post dengan penerbit penyelaras suhan movies, kak haizan. Datang sebab nak bagi lagu demo nyanyian nazim.

Menurut editor yang bernama romizal, dia dengar lagu tu, dia suka part korus dan nazim perlu perbaiki part awal-awal lagu tu. Aku tak dengar sebab aku mandi time tu.

Maka, mungkinkah drama terbaru lakonan nazim ini, akan memuatkan lagu nyanyian beliau??? Mungkinkah???

Kita lihat apa yang jadik nanti...

12 January 2011

Trilogi Cinta - Episod 7 Snapshot








Senarai Lagu Dalam Trilogi Cinta

Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Dalam Diam
Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Tanpamu
Julfekar - Melakar Rindu
Rahayudeen - Lafazkanlah
Rifhan - Langkahku
Niskala - Terbiasa
Niskala - Wanita
Han - Mungkin ada lagi
Nora - Gelisah

11 January 2011

1st Projek Aku Mula Kerja di Suhan Post

2 tahun dah berlalu. Drama komedi berkisar tentang kehidupan kakitangan R&R. Ini promo yang aku buat untuk majlis launching drama ni dulu. Layankan aje...


Trilogi Cinta di Utusan Malaysia


*kredit kepada akhbar Utusan Malaysia Online

MEMANJANGKAN naskah novel ke bentuk visual bukanlah tugas yang mudah. Apatah lagi apabila ia melibatkan judul yang laris di pasaran. Bagi penerbit dan pelakon Rosyam Nor, ini merupakan percubaan besar bagi syarikat miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies), apabila terpaksa berbelanja besar mengeluarkan wang sejumlah RM1.1 juta bagi merealisasikannya.

Tiga karya tulisan novelis terkenal, Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi digabungkan dalam rantaian 40 episod yang kini bersiaran setiap Ahad, Isnin dan Selasa di TV1 pukul 10 malam.

Menggandingkan barisan pelakon popular, selain Rosyam yang memegang watak Razif, pelakon cantik, Fouziah Gous kali ini memegang watak yang cukup mencabar iaitu Norjinah yang merupakan subjek utama rantaian itu.

Pelakon lain yang turut menjayakan siri arahan Amie Maziah Abdul Rahman itu ialah Amyza Aznan (Salmi), Raissuddin Hamzah (Taufik), Aida Khalida (Aida), Siti Fazurina (Norseha), Reza Hasbi (Sharul) dan Yuswaisar sebagai Badrul.

Merealisasikan naskah novel ke bentuk drama bersiri sememangnya tidak mudah. Ini kerana merurut Rosyam, ia menuntut tumpuan serta komitmen yang tinggi daripada pelbagai aspek.Selaku penerbit, Rosyam menjelaskan seboleh mungkin dia cuba menzahirkan jalan cerita trilogi novel popular itu kerana sedia maklum akan kehendak penonton bukan semuanya mampu dipenuhi.

“Merealisasikan Trilogi Cinta dalam bentuk drama bersiri menuntut kesabaran yang tinggi apatah lagi proses pengambaran memakan masa selama 98 hari termasuk bulan Ramadan baru-baru ini.
“Daripada bulan Ramadan dibawa selepas cuti hari raya seterusnya menjangkau ke raya haji bagi saya satu proses yang lama.

“Bagaimanapun, barisan pelakon seperti Fouziah Gous sendiri saya lihat telah mencuba yang terbaik dan saya rasa ini satu profil baru buat Fouziah sendiri,” kata Rosyam.

Membelanjakan kos yang tinggi untuk drama tersebut akui Rosyam ia jumlah yang agak besar berbanding drama-drama yang pernah dihasilkan Suhan Movies sebelum ini.

Ini merupakan rantaian kedua terbanyak yang pernah dihasilkan oleh Suhan Movies.
Sebelum ini, syarikat itu menghasilkan siri Rahsia Hati sebanyak 40 episod yang telah disiarkan di Astro.

02 January 2011

Trilogi Cinta


Suhan Movies & Trading Sdn Bhd memulakan tahun 2011 dengan penghasilan drama bersiri 40 episod yang diadaptasi daripada 3 novel bersiri karya Sharifah Abu Salem iaituTak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.

Berkisar kepada kehidupan Nurjinah, seorang gadis kampung yang berhijrah ke kota berkerja sebagai orang gaji kepada keluarga Razif. Pelbagai konflik keluarga dipaparkan melalui drama arahan Amie Maziah Abdul Rahman (R&R, ADAM, dan Rahsia Hati).

Pelakon utama:
Rosyam Nor
Fouziah Gous
Amyza Aznan
Mak Wan
Roslan Salleh
Siti Fazurina

Arahan:
Amie Maziah Abdul Rahman

Penyunting Offline-Online:
Haikal Fadzil
Romizal Mohd Rosle

Muzik dan Adunan Akhir
Selamat Yusof
Sharif
Ijal

01 January 2011

Salam Sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat yang Esa, akhirnya berjaya juga laman blog ini diterbitkan. Suhan Post Enterprise merupakan sebuah anak syarikat daripada Suhan Movies & Trading Sdn Bhd milik pelakon terkenal tanah air, Rosyam Nor Shamsuddin. Suhan Post lebih menumpukan kepada kerja-kerja pasca penerbitan seperti penyuntingan audio visual.

Diuruskan oleh Encik Selamat bin Yusof, Suhan Post kini mempunyai 5 orang tenaga penyunting yang berusaha untuk melaksanakan tugas penyuntingan supaya produk yang dihasilkan dapat memenuhi citarasa penyokong industri televisyen Malaysia.

Wujudnya blog ini bertujuan untuk mendekatkan lagi para pengikut program yang diterbitkan oleh pihak syarikat dan juga sebagai satu langkah promosi kepada pengunjung laman ini.

Jika tenaga kerja kami punya kesempatan masa, Insya Allah, pengunjung blog ini bukan sahaja dapat mengikuti perkembangan-perkembangan program yang kami hasilkan, malah kami juga akan berusaha untuk memaparkan intipati yang mungkin tidak dapat diperolehi di kaca televisyen seperti snapshot babak yang dipotong, bloopers, dan lain-lain lagi.

Disebabkan blog juga merupakan satu simbol globalisasi yang sangat terbuka, maka kami dari pihak syarikat mengharapkan sekiranya ada komen-komen membina daripada pengunjung sekalian, boleh disalurkan di sini, di ruangan yang boleh anda tinggalkan pendapat anda. Diharapkan komen-komen tersebut tidaklah menggunakan kata-kata kasar dan menyimpang daripada susur budaya kita.

Sekian dahulu daripada kami. Sekiranya ada tersalah kata, ampun dan maaf dipinta. Selamat melayari blog Suhan Post.