SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION
Showing posts with label Pilih Kasih. Show all posts
Showing posts with label Pilih Kasih. Show all posts

11 October 2011

Ujibakat PILIH KASIH musim ke 3 - Adakah Anda Pelakon Yang Kami Cari?

       

PILIH KASIH kini kembali untuk musim ke 3... dalam PILIH KASIH 1 dan 2, pihak editor Suhan Post Enterprise tidak terlibat langsung dalam pascaproduksi. Namun, untuk produksi PILIH KASIH 3 kali ini, our big Bos, Rosyam Nor telah memberi peluang dan kepercayaan kepada editor Suhan Post iaitu Haikal Fadzil dan Romizal Rosle untuk terlibat sebagai editor pascaproduksi. Mereka akan dihantar ke IPPTAR selama 4 bulan bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai editor PILIH KASIH 3

      Pihak editor kami yang belum ada pengalaman menguruskan pascaproduksi program realiti TV atau program rancangan LIVE akan cuba sebaik mungkin bagi memenuhi kehendak penerbit dan penonton. Jika ada kekurangan itu datang dari kami dan segala yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T... Semoga projek ini akan berjalan dengan lancar.

     Format PILIH KASIH 3 kali ini berlainan sedikit dari musim-musim lepas dimana pada musim lepas, tugas menyingkirkan peserta bukan pilihan adalah terletak pada jari telunjuk Rosyam Nor seorang sahaja. Dalam musim ke 3 ini, Rosyam Nor akan dibantu oleh dua orang DIVA lagi iaitu Erra Fazira dan Umie Aida untuk tugas menyingkirkan pelakon yang bukan mereka cari... :)





berikut sedikit info mengenai tarikh dan tempat berlangsungnya Ujibakat bagi mereka yang berminat menyertai PILIH KASIH 3.



UJIBAKAT 1
Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Lokasi: Summit Mall, Batu Pahat Johor



UJIBAKAT 2
Tarikh: 29 & 30 Oktober 2011
Lokasi: AEON Bukit Tinggi, Klang



UJIBAKAT 3
Tarikh: 12 & 13 November 2011
Lokasi: SP Central Square, Sungai Petani, Kedah



UJIBAKAT 4
Tarikh: 19 & 20 November 2011
Lokasi: Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan



UJIBAKAT 5
Tarikh: 26 & 27 November 2011
Lokasi: Central Point Palm Square, Kota Kinabalu, Sabah



UJIBAKAT 6
Tarikh: 3 & 4 Disember 2011
Lokasi: The Spring, Kuching, Sarawak



UJIBAKAT 7
Tarikh: 10 & 11 Disember 2011
Lokasi: KL Sentral, Kuala Lumpur


bagi yang berminat, ini pula syarat-syarat kelayakan untuk menyertai Ujibakat PILIH KASIH 3 kali ini
1) Berumur 18 tahun dan ke atas
2) Warganeragara Malaysia
3) Berbakat dalam bidang lakonan


Berikut adalah SKRIP Ujibakat PILIH KASIH 3

Skrip Ujibakat PILIH KASIH 3 (Drama) oleh Fauziah Nawi download sini
Skrip Ujibakat PILIH KASIH 3 (Monolog) oleh Hamzah Tahir download sini
Skrip Ujibakat PILIH KASIH 3 oleh Dr. Abu Hassan download sini


cara download skrip, click "download sini" di atas. sesetengah browser akan terus save file, sesetengah akan buka preview di website keepandshare. kalau preview di website keepandshare, just 'save page as' atau alihkan pointer ke bawah kanan page tu untuk appearkan butang save macam print screen ni




petikan akhbar (Selasa Oktober 11, 2011) 
SUBANG JAYA: Pelakon popular, Erra Fazira dan Umie Aida dipilih menjadi juri untuk program realiti lakonan Pilih Kasih musim ketiga.
Penerbitnya Rosyam Nor berkata, pemilihan dua pelakon wanita itu adalah bagi memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.
“Saya mencari pembaharuan bagi memantapkan program ini dengan menampilkan dua pelakon yang cukup disegani dan berpengalaman dalam industri seni tanah air.
“Dengan adanya Erra Fazira dan Umie Aida dapat membantu saya membuat pemilihan dan secara tidak langsung mereka dapat menurunkan ilmu kepada pelakon-pelakon baru,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Program Pilih Kasih Musim Ketiga, di sini, Isnin.

untuk baca lagi petikan akhbar ni di mStar Online

***   copyright  www.suhanpost.com  ::  admin@suhanpost.com