SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

22 July 2011

Telemovie PELAMIN DI PUSARA arahan Murali

Salam to all... atas permintaan ramai kami beri sedikit info mengenai telemovie Pelamin Di Pusara arahan Murali Abdullah terbitan Suhan Movies untuk slot Tribute to P.Ramlee TV2 walaupun telemovie itu tidak diedit di Suhan Post.




Pelakon Utama 




Shahz Jaszle



Raja Farah



Diana Johor



Turut dibantu oleh Khairil Anwar dan Rashidah Jaafar.




Sinopsis : 
(sumber dari Suhan Movies)



"MENGISAHKAN konflik cinta yang dihadapi oleh ZAMARUL (Shahz Jaszle) dan MAISARA lakonan (Raja Farah) dalam mempertahankan kesucian cinta mereka dari  perancangan jahat oleh tunangan Zamarul, SURAYA (Diana).

Sebelum Suraya melanjutkan pelajaran ke luar negara, kedua ibu bapa Zamarul iaitu GHAZLAN  dan ZARINA telah memaksa Zamarul bertunang dengan Suraya. Walaupun Zamarul tidak bersetuju dengan pertunangan tersebut, namun dia terpaksa mengalah demi menjaga hubungan baik keluarganya dengan ayah Suraya iaitu ISMAIL kerana Ismail merupakan rakan kongsi perniagaan hartanah ayahnya.

Sebagai seorang yang happy go lucky dan suka bersosial, kehidupan Suraya di luar negara tersasar dari landasan kehidupan yang sebenarnya. Sementalahan pula kehidupan keluarga Suraya di Kuala Lumpur juga agak bebas dan moden, mirip gaya hidup barat. Salah seorang teman Zamarul yang turut belajar di uviversiti yang sama dengan Suraya, apabila pulang ke Malaysia telah menceritakan tentang gaya hidup Suraya di sana. Ini menyebabkan Zamarul makin sukar untuk menerima Suraya, bagaimanapun Ghazlan dan Zarina yang juga mengamalkan gaya hidup ala barat menganggap semua itu adalah perkara biasa.

Kecewa dengan sikap Suraya yang tidak mahu berubah, Zamarul mencari ketenangan di masjid, lalu berkenalan dengan Maisara dan akhirnya mereka saling menyintai. Bagaimanapun apabila Ghazlan terserempak dengan mereka, Ghazlan memaksa Maisara meninggalkan Zamarul."




p/s : untuk mengtahui kisah selanjutnya dan apa yang berlaku kepada mereka dan cinta mereka, saksikan telemovie ini yang bakal menemui anda di TV2... info pasal tayangan akan diupdate bila dapat confirmation dari stesen rtm... :)




dipetik sumber dari Berita Harian


AKUI Murali, kebebasan yang diberikan sepenuhnya Suhan Movies merencanakan telefilem ini membolehkannya membuat pemilihan dari A hingga Z demi memastikan hasil akhir berada pada tahap terbaik. 

“Apabila bekerja kita perlukan pasukan yang serasi dan kali ini saya mendapat peluang seperti ini. Sudah pasti kepercayaan yang diberikan Rosyam Nor selaku penerbit tidak akan saya persiakan. 

“Contohnya, saya pilih Shahz Jaszle kerana yakin terhadap bakatnya dan nyata sepanjang penggambaran dia ‘memberi’, malah dia boleh melangkah jauh melihatkan disiplin dan kesungguhan aktor berkenaan,” katanya lagi yang turut menggunakan khidmat Indra Che Muda selaku jurukamera. 

Tambahnya, tempoh 10 hari diberikan syarikat berkenaan untuk menyiapkan produk berbanding lapan hari juga antara kelonggaran yang dinantikan setiap sutradara untuk mendapatkan syot lebih baik. 

“Hari ini sudah masuk hari keempat penggambaran. Setakat ini segala-galanya berlangsung seperti diharapkan namun telefilem ini sebenarnya secara peribadi cabaran besar buat diri saya apabila dipertanggungjawabkan menghasilkan karya penghargaan buat tokoh seni idola saya. 

“Saya memang belum pernah bekerja dengan Suhan Movies dan apabila Rosyam mengajukan tawaran ini kira-kira dua bulan lalu, perasaan saya bercampur baur, teruja dan pada masa sama berdebar. 

“Sudah pasti saya mahu ia lebih bagus daripada buah tangan terdahulu, membuatkan saya lebih teliti dan cerewet daripada segala sudut terutama syot serta mainan emosi pelakon kerana mahukan kesempurnaan,” katanya yang mengakui mula meminati Seniman Agung itu sejak di bangku sekolah menengah. 

Mengenai slot dedikasi buat P Ramlee, ia direalisasikan syarikat Rosyam dan stesen RTM sebagai tanda penghargaan buat insan seni terulung yang berjasa kepada industri hiburan tempatan, sekali gus mengetengahkan lagu hebat insan istimewa itu untuk diingati generasi baru dan lama. 

Murali antara 10 pengarah yang diamanahkan menghasilkan 10 telefilem daripada judul lagu P Ramlee manakala Pelamin Di Pusara diilhamkan daripada lagu Uda dan Dara. 

Sutradara lain ialah Bade Azmi, Aziz M Osman, Ismail Yaakob, Amy Maziah, Along Kamaludin, Michael Ang, Osman Ali, Rashid Sibir, selain Erma Fatima. 


sedikit gambar diambil dari blog kakyong.com




insyaallah nanti kalau kami dapat video master dari Suhan Movies, kami akan sertakan sedikit snapshot buat santapan anda... info-info tambahan akan diupdate nnt... :)


*** copyright suhanpostenterprise@gmail.com


No comments: