SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

05 November 2012

10 Telemovie P.RAMLEE bermula tayangan di TV1...


10 telefilem TRIBUTE TO PRAMLEE terbitan SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD. telah bermula tayangan di TV1 setiap hari Ahad, 9.00 malam 13 Januari 2013. Telemovie-telemovie ini akan menampilkan hasil arahan pengarah-pengarah terkenal tanah air yang akan berentap untuk  menghasilkan karya terbaik mereka.


       Direalisasikan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Rosyam Nor dengan kerjasama stesen RTM sebagai tanda penghargaan buat insan seni terulung yang berjasa kepada industri hiburan tempatan, sekali gus mengetengahkan lagu hebat insan istimewa itu untuk diingati generasi baru dan lama.

Ahad akan datang, (11 November 2012) pukul 9.00 malam di TV1, sebuah telemovie berjudul GETARAN JIWA arahan Micheal Ang bakal menemui anda yang membawa lagu tema Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan dilakonkan oleh Amar Mohd Bahrin, Marsha Milan Londoh, Izzue Islam & Fir Affandi.

sinopsis ringkas

"
Muzik adalah kegilaan anak-anak muda. Mereka makan dengan muzik, tidur dengan muzik dan hidup sehari-hari dengan muzik. Kerana kegilaan dan ketaksuban dengan muzik inilah yang memberikan satu  semangat  kepada sebuah band dari Kampung Sungai Dalam yang digelar KUGIRAN untuk menjadi bintang rock.

Untuk mencapai impian, mereka telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Ketika inilah mereka melihat Kuala Lumpur bukan syurga , Kuala Lumpur adalah satu kota yang penuh dengan seribu cabaran. 

Nas salah seorang anggota KUGIRAN telah berkenalan dengan Aliya seorang event manager. Aliya telah menawarkan diri menjadi pengurus KUGIRAN.   Aliya telah memuat naik lagu yang dicipta oleh KUGIRAN dalam laman sesawang Myspace, facebook dan you tube.  "


Promo Getaran Jiwa




***   copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

12 December 2011

SEMBAH TAHNIAH TUANKU SULTAN KEDAH

Daulat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah. Sembah Tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XIV.




Baginda merupakan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang pertama dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong untuk kali ke dua dan juga merupakan Yang Di-Pertuan Agong yang terpanjang usia iaitu pada usia baginda 84 tahun. Moga Tuanku dilanjutkan usia dan peroleh kesihatan yang sempurna dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-XIV.

snapshot CINTA ELYSA Episod 13 (episod akhir)

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

seperti yang dijanjikan, di sini kami memuat naik beberapa snapshot untuk episod 13 yang akan ditayangkan esok malam (insyaallah kalau takde siaran langsung la)... :)








*** copyright www.suhanpost.com :: admin@suhanpost.com

06 December 2011

Hadiah misteri dimenangi PEMENANG Peraduan Merekacipta Poster CiINTA ELYSA

merujuk kepada entry Keputusan Peraduan Merekacipta Poster yang lalu, ramai bertanyakan 'hadiah misteri' yang dimenangi oleh cik Dayana Shaari itu. Adakah seperti peraduan mereka Title Cinta Elysa seperti yang dimenangi oleh blogger EDtv? tak sama tetapi serupa... hehehe...

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada cik Dayana atas kemenangan beliau dan hadiah yang dimenangi beliau adalah Edifier Portable Speaker seperti digambar dibawah... :)



Hadiah misteri ini pun telah selamat sampai ke tangan cik Dayana... TAHNIAH sekali lagi!

*** copyright www.suhanpost.com :: admin@suhanpost.com

25 November 2011

snapshot CINTA ELYSA Episod 12

Assalamualaikum,... Salam 1Malaysia...

seperti biasa, kami uploadkan snapshot CINTA ELYSA episod 12 yang akan keudara Selasa, 29/11/2011 9.00malam di TV3.















*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

24 November 2011

Sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 12 (29 November 2011)

Assalamualaikun dan salam 1Malaysia.




maaf atas kelewatan kerana kesibukan dlm projek Pilih Kasih 3. seperti biasa sinopsis ringkas Episod 12 yang bakal ditayangkan Selasa 29/11/2011 9.00malam di TV3.

Yasmin yang tak dapat sesen pun harta peninggalan arwah Jasman mengamuk dan meracau di rumahnya bagaikan orang gila. Rashid datang tenangkan dia dan pikirkan bagaimana cara nak dapatkan harta tersebut dari Elysa. Dia mencadangkan Yasmin kahwinkan Elysa dengan menantu upahan yang akan menyerahkan harta kepada dia. Elysa pula berjumpa dengan Yasmin dan menggembirakan Yasmin apabila dia kata dia akan beri harta itu kepada Yasmin.

Aril pula di di kampung pun dah gila bayang. Balik kerja terus menjenguk bilik Elysa dengan harapan Elysa dah balik. di tatap bunga yang dibeli, dipeluk baju Elysa dari almari. Dia ingatkan Elysa tinggalkan dia dan tak mahu balik lagi. Mak Jah tak henti-henti nasihatkan Aril untuk memujuk dan membawa balik Elysa. Dia tahu Elysa sangat sayangkan Aril dan mahu tinggal bersama Aril.

Rashid dan konco-konconya telah kerugian RM1Juta dalam serbuan polis. Rashid mengamuk dan mengesyaki ada dalang polis dikalangan konco-konconya. Yasmin juga hampir dicekik mati olehnya dalam satu pentengkaran.

Di waktu lain, Yasmin terserempak dengan kawan lamanya yang mempunyai seorang anak lelaki. Yasmin terfikirkan cadangan Rashid dan merasakan anak kawannya itu, Haikal adalah calon yang sesuai. Elysa membantah namun secara diam-diam Yasmin telah merancang untuk mengahwinkan mereka. Imran dan Khairul bercerita tentang Aril dan kepada Elysa. Mereka menyakinkan Elysa yang Aril dah berubah dan sudah mempunyai kerja yang halal.  Elysa lega mendengar suaminya itu telah mencari kerja yang halal.

persoalan minggu ini, Apakah tindakan Yasmin untuk mendapatkan harta-harta tersebut? adakah Elysa jadi untuk menyerahkan harta kepadanya atau dia terpaksa menggunakan menantu upahan? Apakah nasib Sani setelah Rashid mengesyaki ada dalang polis dalam kumpulannya? Apakah Elysa balik mencari Aril setelah diketahuinya suaminya itu telah mempunyai sumber pendapatan yang halal dan sudah insaf? Bagaiman keadaan Aril yang terbayang-bayangkan Elysa? Apakah yang menyebabkan Yasmin dan Rashid bertengkar? adakah Yasmin masih menerima Rashid selepas Rashid cuba membunuhnya? apakah yang menyelamatkan Yasmin dari mati dicekik Rashid? semuanya akan terungkai dalam Episod 12 CINTA ELYSA yang bakal ke udara SELASA 29/11/2011 9.00malam di TV3. Dalam episod ini juga, plot bagi watak Sani akan tamat. Bagaimana? nantikan... :)

*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

23 November 2011

Keputusan PERADUAN MEREKACIPTA POSTER

Salam 1Malaysia...

berhubung PERADUAN MEREKACIPTA POSTER CINTA ELYSA yang dianjurkan oleh blog SuhanPost, keputusan telah dikeluarkan dan ucapan TAHNIAH kepada PEMENANG yang terpilih iaitu Cik Dayana Shaari.

Dibawah adalah poster rekaan beliau yang terpilih sebagai yang terbaik.


TAHNIAH!!!


Berikut pula antara poster-poster yang terpilih dalam top 5 (tidak mengikut turutan).


Rekaan : Dayana Shaari




Rekaan : Dyna Deena




Rekaan : Mohammad Azim




Rekaan : Nur Myza



TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada Dayana Shaari atas rekaan beliau. Hadiah yang bakal dimenangi oleh beliau akan diumumkan dalam entry seterusnya... :)




*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com