SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

25 November 2011

snapshot CINTA ELYSA Episod 12

Assalamualaikum,... Salam 1Malaysia...

seperti biasa, kami uploadkan snapshot CINTA ELYSA episod 12 yang akan keudara Selasa, 29/11/2011 9.00malam di TV3.















*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

24 November 2011

Sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 12 (29 November 2011)

Assalamualaikun dan salam 1Malaysia.




maaf atas kelewatan kerana kesibukan dlm projek Pilih Kasih 3. seperti biasa sinopsis ringkas Episod 12 yang bakal ditayangkan Selasa 29/11/2011 9.00malam di TV3.

Yasmin yang tak dapat sesen pun harta peninggalan arwah Jasman mengamuk dan meracau di rumahnya bagaikan orang gila. Rashid datang tenangkan dia dan pikirkan bagaimana cara nak dapatkan harta tersebut dari Elysa. Dia mencadangkan Yasmin kahwinkan Elysa dengan menantu upahan yang akan menyerahkan harta kepada dia. Elysa pula berjumpa dengan Yasmin dan menggembirakan Yasmin apabila dia kata dia akan beri harta itu kepada Yasmin.

Aril pula di di kampung pun dah gila bayang. Balik kerja terus menjenguk bilik Elysa dengan harapan Elysa dah balik. di tatap bunga yang dibeli, dipeluk baju Elysa dari almari. Dia ingatkan Elysa tinggalkan dia dan tak mahu balik lagi. Mak Jah tak henti-henti nasihatkan Aril untuk memujuk dan membawa balik Elysa. Dia tahu Elysa sangat sayangkan Aril dan mahu tinggal bersama Aril.

Rashid dan konco-konconya telah kerugian RM1Juta dalam serbuan polis. Rashid mengamuk dan mengesyaki ada dalang polis dikalangan konco-konconya. Yasmin juga hampir dicekik mati olehnya dalam satu pentengkaran.

Di waktu lain, Yasmin terserempak dengan kawan lamanya yang mempunyai seorang anak lelaki. Yasmin terfikirkan cadangan Rashid dan merasakan anak kawannya itu, Haikal adalah calon yang sesuai. Elysa membantah namun secara diam-diam Yasmin telah merancang untuk mengahwinkan mereka. Imran dan Khairul bercerita tentang Aril dan kepada Elysa. Mereka menyakinkan Elysa yang Aril dah berubah dan sudah mempunyai kerja yang halal.  Elysa lega mendengar suaminya itu telah mencari kerja yang halal.

persoalan minggu ini, Apakah tindakan Yasmin untuk mendapatkan harta-harta tersebut? adakah Elysa jadi untuk menyerahkan harta kepadanya atau dia terpaksa menggunakan menantu upahan? Apakah nasib Sani setelah Rashid mengesyaki ada dalang polis dalam kumpulannya? Apakah Elysa balik mencari Aril setelah diketahuinya suaminya itu telah mempunyai sumber pendapatan yang halal dan sudah insaf? Bagaiman keadaan Aril yang terbayang-bayangkan Elysa? Apakah yang menyebabkan Yasmin dan Rashid bertengkar? adakah Yasmin masih menerima Rashid selepas Rashid cuba membunuhnya? apakah yang menyelamatkan Yasmin dari mati dicekik Rashid? semuanya akan terungkai dalam Episod 12 CINTA ELYSA yang bakal ke udara SELASA 29/11/2011 9.00malam di TV3. Dalam episod ini juga, plot bagi watak Sani akan tamat. Bagaimana? nantikan... :)

*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

23 November 2011

Keputusan PERADUAN MEREKACIPTA POSTER

Salam 1Malaysia...

berhubung PERADUAN MEREKACIPTA POSTER CINTA ELYSA yang dianjurkan oleh blog SuhanPost, keputusan telah dikeluarkan dan ucapan TAHNIAH kepada PEMENANG yang terpilih iaitu Cik Dayana Shaari.

Dibawah adalah poster rekaan beliau yang terpilih sebagai yang terbaik.


TAHNIAH!!!


Berikut pula antara poster-poster yang terpilih dalam top 5 (tidak mengikut turutan).


Rekaan : Dayana Shaari




Rekaan : Dyna Deena




Rekaan : Mohammad Azim




Rekaan : Nur Myza



TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada Dayana Shaari atas rekaan beliau. Hadiah yang bakal dimenangi oleh beliau akan diumumkan dalam entry seterusnya... :)




*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com


18 November 2011

snapshot CINTA ELYSA episod 11

salam, maaf ye atas kelewatan... byk skit keje rini..

maka dibawah ni sedikit snapshot boleh direveal... sbb tak tgk promo tv3 lagi so tak taw takat mana leh reveal... :)












*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

17 November 2011

Sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 11 (22 November 2011)

Assalamualaikum, salam 1Malaysia, salam Singapore, Indonesia & Brunei



seperti dijanjikan, sinopsis ringkas untuk CINTA ELYSA episod 11 yang bakal ditayangkan SELASA 22/11/2011...

Menurut ending episod 10, siapa yang dikatakan 'dia dah balik' oleh Yasmin menjadi soalan penonton yang mengikuti siri ni. ramai yang bertanyakan dan ramai yang bermain teka. Ada yang mengatakan Aril ke rumah Yasmin untuk mencari Elysa dan macam-macam lagi. Sebenarnya taknak reveal tp kena reveal gak sebab plot jalan cerita episod 11 pun akan reveal gak sape kan... hehehe

Yasmin dapati Elysa ditinggalkan di depan pagar rumahnya oleh orang-orang Rashid dalam keadaan tak sedarkan diri. Yasmin yang agak marah kerana diperlakukan demikian kepada Elysa tetap lega kerana telah dapat kembali Elysa. Aril pula di rumah sekali lagi termenung menyesal dan frust menungging mengenangkan Elysa telah pergi meninggalkan dia. Dia menyesal menghalau Elysa pergi dari rumah itu. Menangis ditatapnya sekuntum bunga ros yang dibelinya untuk Elysa sampai ke pagi.

Rashid pula dalam senyap menyelinap masuk ke dalam bilik Elysa yang masih belum sedarkan diri dan cuba mengambil kesempatan terhadap Elysa sebelum Elysa tersedar. Mak Jah menjenguk Aril telah brain wash Aril kerana sikap Aril yang tak hargai Elysa ketika dia ada. Elysa juga angau di rumah Yasmin mengenangkan Aril.

Aril yang sudah kembali bekerja dengan Abu telah terserempak dengan Khairul dan Imran. Khairul yang masih 'trauma' ditangkap Aril sekali lagi cuba melarikan diri dari Aril tetapi tertangkap juga. Aril bawa diorang balik ke rumahnya. di rumah Yasmin pula di brain wash oleh Elysa kerana kecuaian mamanya itu menyebabkan Khairul dan Imran hilang.

banyak persoalan yang timbul dan terjawab dalam episod 11 ini. Bagaimana keadaan Aril menyesali sikapnya terhadap Elysa? Apakah yang menyelamatkan Elysa dari diperkosa oleh Rashid? Bagaimanakah Aril boleh terserempak dengan Khairul dan Imran? Apakah tindakan diambil oleh Aril terhadap Khairul dan Imran yang lari dari asrama? Bagaimana pula Yasmin dan Rashid nak cari dan dapatkan Khairul dan Imran bagi menyempurnakan pembacaan wasiat arwah Jasman? Berjayakah mereka menyempurnakan pembacaan wasiat dalam episod ini? semuanya akan terjawab dalam CINTA ELYSA episod 11 Selasa 22/11/2011 9.00 malam di TV3...

*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

11 November 2011

Video Klip SPIDER - Kita Satu (versi O.S.T CINTA ELYSA)


video klip khas SPIDER - Kita Satu versi CINTA ELYSA...

*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

snapshot CINTA ELYSA episod 10

assalamualaikum, salam Jumaat, salam 1Malaysia :)

seperti telah dijanjikan snapshot CINTA ELYSA episod 10 yang bakal ditayangkan selasa 15/11/2011 9malam di TV3... untuk yang belum baca sinopsis boleh baca di sini




 










*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

10 November 2011

Sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 10 (15 November 2011)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


seperti biasa, sinopsis ringkas CINTA ELYSA untuk episod 10 yang bakal ke udara Selasa 15/11/2011 9.00malam di TV3...

Aril yang dapati Elysa tak ada pada malam tu terduduk meroyan di depan pintu bilik Elysa tak tahu nak buat apa n cari kat mana. Dia telefon rumah Yasmin n orang gaji angkat cakap Elysa tak ada n dah lama tak balik. Dalam masa itu, konco-konco Rashid sudah ketahui rumah sewa Aril dan mereka akan terus perhatikan sehingga dapat Elysa.

Sani pula terus berjaya dengan kerjayanya sebagai pengedar dadah dan menjadi agen kesayangan Rashid. Rashid terus berharap untuk Sani terus mencari Elysa sedangkan hati jahat Sani ni dalam diam sanggup untuk membelakangkan Rashid jika dapat Elysa.

Keesokannya, Aril terjaga dari tidur dikejutkan oleh bunyi sesuatu jatuh di dapur. Rupanya Elysa terjatuh dengan tin biskut. Aril yang sebenarnya lega teramat dalam hatinya setelah melihat Elysa masih ada tetap ego dan tak reti ucapkan lafaz lega dan sayang pada Elysa sehingga kata-katanya membuat Elysa merajuk dan ugut untuk pergi meninggalkan dia. Sesuatu terjadi yang menahan Elysa untuk pergi.

Sani pula terus mendesak Joey untuk beritahu di mana Aril dan Elysa dan sanggup buat apa sahaja kepada Joey untuk kepentingan dia. Aril yang terus ditegur oleh Elysa untuk tinggalkan kerja-kerja haramnya dan kali ni Aril yang dah belajar mencari rezeki halal oleh Joey telah bertekad mencari kerja halal di situ. Alhamdulillah berkat usahanya, dia diterima kerja dengan bayaran harian. Bayaran untuk hari pertama Aril belikan Elysa sekuntum bunga ros sebagai tanda minta maaf.

Jadi, di mana Elysa pada malam kehilangannya itu? yang pasti spekulasi mengatakan dia pergi ambil adik-adiknya untuk tinggal bersama mereka telah disangkal kerana mereka pun tak tahu adik-adik mereka dah dihantar ke asrama. Apakah yang terjadi yang telah menghalang Elysa dari pergi meninggalkan Aril? Apakah alasan diberikan oleh Aril untuk menahan Elysa dari pergi dari rumah itu tanpa menyatakan dia sayangkan Elysa atau dia perlukan Elysa? Apakah kerja halal yang akhirnya menerima Aril? Apakah reaksi Aril dan Elysa untuk sekuntum bunga ros itu? nantikan CINTA ELYSA episod 10 Selasa, 15/11/2011 9.00malam di TV3... :)

*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

04 November 2011

snapshot CINTA ELYSA Episod 09 (8 Novembar 2011, 9.00malam TV3)

Seperti biasa sedikit snapshot untuk CINTA ELYSA episod 9 yang bakal ditayangkan 8 November, SELASA, 9.00malam di TV3... sinopsis ringkas boleh baca di sini















*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com