SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

13 June 2010

Dendam Orang Minyak


Suhan Movies & Trading Sdn Bhd sekali lagi menggegarkan slot Lagenda di TV3 dengan terbitnya siri terbaru, Dendam Orang Minyak sebanyak 20 episod. 3 episod awal mengisahkan kehidupan Lamin yang sering diganggu rakan sekampung kerana telah mengahwini Melati, seorang gadis pujaan ramai. Pada masa yang sama, beberapa peristiwa aneh berlaku melibatkan kehadiran orang minyak semenjak Joyo tiba untuk mengajar ilmu persilatan di sekitar kampung itu. Ramai gadis telah diperkosa oleh orang minyak tersebut termasuk Melati. Lamin yang menyangkakan kematian Melati adalah angkara orang kampungnya sendiri telah nekad untuk menuntut bersama Joyo.

Episod 4 hingga 20 pula mengisahkan mengenai seorang wartawan jenayah, Fendi yang berniat untuk mempelajari ilmu agama setelah dikritik oleh bapa kekasihnya. Namun begitu, Fendi tersalah langkah apabila akhirnya mengetahui gurunya mengamal dan mengajarnya ilmu songsang yang membuatkan Fendi seperti berhubung dengan Lamin.

Pada masa yang sama, beberapa kes pembunuhan bersiri berlaku melibatkan gadis-gadis metropolitan. Mangsa dirogol dan dibunuh tanpa diketahui siapa suspeknya.

Arahan: Haris Kadir

Pelakon :
Azhan Rani
Aqasha
melissa maureen
Roslan Salleh
Dian p Ramlee
Raissuddin Hamzah
Yuswaisar

Editor, Susunan Muzik dan Adunan akhir :
Haikal Fadzil
Selamat Yusof
Romizal Mohd Rosle

Montaj dan Kesan Khas
Haikal Fadzil