Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
seperti biasa, sinopsis ringkas CINTA ELYSA untuk episod 10 yang bakal ke udara Selasa 15/11/2011 9.00malam di TV3...
Aril yang dapati Elysa tak ada pada malam tu terduduk meroyan di depan pintu bilik Elysa tak tahu nak buat apa n cari kat mana. Dia telefon rumah Yasmin n orang gaji angkat cakap Elysa tak ada n dah lama tak balik. Dalam masa itu, konco-konco Rashid sudah ketahui rumah sewa Aril dan mereka akan terus perhatikan sehingga dapat Elysa.
Sani pula terus berjaya dengan kerjayanya sebagai pengedar dadah dan menjadi agen kesayangan Rashid. Rashid terus berharap untuk Sani terus mencari Elysa sedangkan hati jahat Sani ni dalam diam sanggup untuk membelakangkan Rashid jika dapat Elysa.
Keesokannya, Aril terjaga dari tidur dikejutkan oleh bunyi sesuatu jatuh di dapur. Rupanya Elysa terjatuh dengan tin biskut. Aril yang sebenarnya lega teramat dalam hatinya setelah melihat Elysa masih ada tetap ego dan tak reti ucapkan lafaz lega dan sayang pada Elysa sehingga kata-katanya membuat Elysa merajuk dan ugut untuk pergi meninggalkan dia. Sesuatu terjadi yang menahan Elysa untuk pergi.
Sani pula terus mendesak Joey untuk beritahu di mana Aril dan Elysa dan sanggup buat apa sahaja kepada Joey untuk kepentingan dia. Aril yang terus ditegur oleh Elysa untuk tinggalkan kerja-kerja haramnya dan kali ni Aril yang dah belajar mencari rezeki halal oleh Joey telah bertekad mencari kerja halal di situ. Alhamdulillah berkat usahanya, dia diterima kerja dengan bayaran harian. Bayaran untuk hari pertama Aril belikan Elysa sekuntum bunga ros sebagai tanda minta maaf.
Jadi, di mana Elysa pada malam kehilangannya itu? yang pasti spekulasi mengatakan dia pergi ambil adik-adiknya untuk tinggal bersama mereka telah disangkal kerana mereka pun tak tahu adik-adik mereka dah dihantar ke asrama. Apakah yang terjadi yang telah menghalang Elysa dari pergi meninggalkan Aril? Apakah alasan diberikan oleh Aril untuk menahan Elysa dari pergi dari rumah itu tanpa menyatakan dia sayangkan Elysa atau dia perlukan Elysa? Apakah kerja halal yang akhirnya menerima Aril? Apakah reaksi Aril dan Elysa untuk sekuntum bunga ros itu? nantikan CINTA ELYSA episod 10 Selasa, 15/11/2011 9.00malam di TV3... :)
*** copyright www.suhanpost.com :: admin@suhanpost.com
BAYAQ TELOQ SENDIRI
12 years ago
4 comments:
ta sbr nk tngk... ermm.. nk share kt blog ley ?
silakan... :) backlink ye..
okie..thnx
mohon izin utk share kat wall fb...
Post a Comment