SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

03 November 2011

Sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 9 (08 November 2011)

Salam Khamis.... Salam 1Malaysia...



seperti biasa, sinopsis ringkas untuk episod yang akan ditayangkan selasa depan...

Seperti yang diketahui, minggu depan baru episod 9 dari 13, ramai dah meletakkan spekulasi Aril dan Elysa hidup bahagia, romantik, malam pertama, indah dan sweet... Tapi takkan nak bahagia dan happy je sampai ke episod 13 berturut-turut 4 episod kan? Banyak lagi konflik belum selesai, konflik Rashid dengan kegiatan jahatnya, konflik Yasmin dengan tamakkan wasiatnya, konflik adik-adik Elysa kena hantar ke sekolah asrama, konflik Sani nak perangkap Aril dan Elysa dan banyak lagi kan. So minggu depan untuk episod 9 je pun akan menonjolkan konflik ego Aril dan Elysa yang masing-masing takmau mengaku 'aku cinta padamu' secara terang-terangan,... bila dah berjauhan baru la masing-masing gila bayang menangis-nangis... hehehe...

so untuk episod 9,  Aril dan Elysa masih lagi bertengkar kerana masing-masing dengan ego masing-masing terutama Aril yang tak reti nak tunjukkan yang dia sayang pada Elysa... asal jumpa je nak marah, then lepas marah nyesal sorang-sorang pikirkan kenapa dia perlu marah lagi sedangkan dia tahu dia sayangkan Elysa. Aril dalam marahkan Elysa yang desak dia cari kerja halal akhirnya berusaha gigih mencari kerja halal dan alhamdulillah dapat juga mencari nafkah halal dengan Joey.

Adik-adik Elysa pulak dah dihantar ke sekolah berasrama dan Khairul sangat marahkan sehingga enggan bertemu Yasmin kerana terpaksa berada di sekolah berasrama itu. Aril dengan bantuan Joey belajar untuk bekerja untuk mendapat duit halal. Mazni berjumpa dengan Aril untuk membawanya pulang ke kampung kerana makcik Aril kini sedang sakit tenat dan nak sangat berjumpa dengan Aril.
Elysa pula mahu pulang ke rumah Yasmin andai Aril tidak pulang dalam masa 3 hari.

Jadi apakah persoalan untuk episod kali ini yang penuh dengan konflik? Bagaimana reaksi Aril dan Elysa selepas mereka berkahwin kerana masing-masing ego untuk menyatakan sayang? Apakah pekerjaan halal pertama yang Aril lakukan dengan bantuan Joey? Adakah Aril pulang ke kampung untuk berjumpa dengan makciknya? Apakah Elysa meneruskan niatnya jika Aril tidak pulang selama 3 hari? adakah masing-masing gila bayang??? dan Apakah tindakan Sani dalam usaha untuk mencari Aril dan Elysa untuk diserahkan kepada Rashid? semua akan terjawab dalam episod 9, CINTA ELYSA pada 8 November 2011, SELASA 9.00malam... :)

p.s: Snapshot insyaALLAH esok akan dimuatkan... :)

*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com


4 comments:

Nazrul Asyraf said...

erk aril cari kerja ngn sani??silap erk??

Anonymous said...

Abg Romi terbalik antara Joey n Sani la..hehe

Izzmin said...

Pelik gak tetiba sani insaff jadi baik..sib baik dah tuka balik...hehe...

Romy said...

ha'a... awal2 td tersilap... dah tukar kan... hehehe maap ye... :P