SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

24 November 2011

Sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 12 (29 November 2011)

Assalamualaikun dan salam 1Malaysia.




maaf atas kelewatan kerana kesibukan dlm projek Pilih Kasih 3. seperti biasa sinopsis ringkas Episod 12 yang bakal ditayangkan Selasa 29/11/2011 9.00malam di TV3.

Yasmin yang tak dapat sesen pun harta peninggalan arwah Jasman mengamuk dan meracau di rumahnya bagaikan orang gila. Rashid datang tenangkan dia dan pikirkan bagaimana cara nak dapatkan harta tersebut dari Elysa. Dia mencadangkan Yasmin kahwinkan Elysa dengan menantu upahan yang akan menyerahkan harta kepada dia. Elysa pula berjumpa dengan Yasmin dan menggembirakan Yasmin apabila dia kata dia akan beri harta itu kepada Yasmin.

Aril pula di di kampung pun dah gila bayang. Balik kerja terus menjenguk bilik Elysa dengan harapan Elysa dah balik. di tatap bunga yang dibeli, dipeluk baju Elysa dari almari. Dia ingatkan Elysa tinggalkan dia dan tak mahu balik lagi. Mak Jah tak henti-henti nasihatkan Aril untuk memujuk dan membawa balik Elysa. Dia tahu Elysa sangat sayangkan Aril dan mahu tinggal bersama Aril.

Rashid dan konco-konconya telah kerugian RM1Juta dalam serbuan polis. Rashid mengamuk dan mengesyaki ada dalang polis dikalangan konco-konconya. Yasmin juga hampir dicekik mati olehnya dalam satu pentengkaran.

Di waktu lain, Yasmin terserempak dengan kawan lamanya yang mempunyai seorang anak lelaki. Yasmin terfikirkan cadangan Rashid dan merasakan anak kawannya itu, Haikal adalah calon yang sesuai. Elysa membantah namun secara diam-diam Yasmin telah merancang untuk mengahwinkan mereka. Imran dan Khairul bercerita tentang Aril dan kepada Elysa. Mereka menyakinkan Elysa yang Aril dah berubah dan sudah mempunyai kerja yang halal.  Elysa lega mendengar suaminya itu telah mencari kerja yang halal.

persoalan minggu ini, Apakah tindakan Yasmin untuk mendapatkan harta-harta tersebut? adakah Elysa jadi untuk menyerahkan harta kepadanya atau dia terpaksa menggunakan menantu upahan? Apakah nasib Sani setelah Rashid mengesyaki ada dalang polis dalam kumpulannya? Apakah Elysa balik mencari Aril setelah diketahuinya suaminya itu telah mempunyai sumber pendapatan yang halal dan sudah insaf? Bagaiman keadaan Aril yang terbayang-bayangkan Elysa? Apakah yang menyebabkan Yasmin dan Rashid bertengkar? adakah Yasmin masih menerima Rashid selepas Rashid cuba membunuhnya? apakah yang menyelamatkan Yasmin dari mati dicekik Rashid? semuanya akan terungkai dalam Episod 12 CINTA ELYSA yang bakal ke udara SELASA 29/11/2011 9.00malam di TV3. Dalam episod ini juga, plot bagi watak Sani akan tamat. Bagaimana? nantikan... :)

*** copyright  www.suhanpost.com ::  admin@suhanpost.com

4 comments:

kakyong said...

lambat lah pulak nak menanti hari selasa... sapa lah yg bawa watak haikal tu.. si sani tu kena bunuh ke??

Faiz said...

takda la td mlm cita ni..punya la tunggu depan tv..kecewa sangat..nak tengok kat mana yer?..ada tak episod nih kat tonton.com.my?...

sangat kecewa....

Anonymous said...

boleh bukukan cite ni tak? pls...

Anonymous said...

not bad watak haikal