seperti biasa, sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 6 yang akan ditayangkan hari SELASA depan di TV3 9.00malam...
"Mulai hari ini, aku kena jaga kau elok-elok..."
"awak takkan tinggalkan kami?"
"Selagi aku boleh bertahan, aku bertahan la..."
Begitulah nekad Aril untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh arwah paksunya sebelum meninggal.
Yasmin yang masih dalam idah senyap-senyap telah pergi ke rumah Rashid dan turut membawa Rashid ke rumahnya dalam diam-diam. Rashid asyik mendesak Yasmin supaya menghalau Aril kerana Jasman sudah tiada untuk melarangnya menghalau Aril dari rumah itu.
Sejak Jasman meninggal, pelbagai masalah terjadi dalam rumah itu. Khairul pula sudah tidak pulang ke rumah selepas waktu sekolah tetapi keluar melepak dengan kawan-kawannya. Aril dimarahi oleh Yasmin dan diarahkan untuk mencari Khairul sehingga jumpa kerana Jasman telah mengamanahkan Aril untuk menjaga anak-anaknya.
Yasmin yang cuba bawak Rashid masuk ke rumahnya secara terang-terangan telah ditahan oleh Aril. Aril melarang orang luar untuk masuk ke dalam rumah itu. Rashid pada mulanya akur kerana malas untuk bertengkar. Elysa yang juga ada ketika itu turut memarahi Yasmin dan terus ditampar oleh Yasmin.
Apakah lagi masalah yang berlaku dalam rumah mereka? Adakah Aril dan Elysa sudah berbaik-baik? Adakah Aril melayan Elysa dengan baik? Berjayakah Yasmin menghalau Aril dari rumah itu? nantikan CINTA ELYSA episod 6 yang akan ke udara Selasa, 18 Oktober 2011, 9.00malam di TV3!
disini juga kami menghidangkan kepada anda sedikit snapshot untuk episod 6
Nantikan CINTA ELYSA episod 6!
*** copyright www.suhanpost.com :: admin@suhanpost.com
No comments:
Post a Comment