SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

07 October 2011

Sinopsis ringkas CINTA ELYSA episod 5

salam Jumaat, 

seperti biasa, kami akan hidangkan kepada anda sinopsis ringkas drama CINTA ELYSA yang akan ditayangkan SELASA, 11 Oktober 2011 pukul 9.00malam di TV3 akan datang iaitu Episod 5.


Jasman sudah mula bersikap dingin dengan Yasmin. Yasmin yang tidak pernah ditengking oleh Jasman terkejut dengan perubahan itu dan mengesyaki Jasman tahu sedikit sebanyak mengenai kecurangannya. Dia menuduh Aril yang memberitahu Jasman tentang kegiatan dia.

Jasman pula mula menyiasat sendiri bagi mendapat kesahihan dakwaan yang diterimanya sebelum ini mengenai kecurangan Yasmin. Maka, segala urusan anak-anaknya diserahkan kepada Aril yang kini diletak kepercayaan sepenuhnya untuk membimbing anak-anaknya. Aril juga sudah mula berubah sedikit sikapnya dengan anak-anak Jasman terutama Elysa dan Imran. Imran juga sudah mulai menyukai Aril dan sayangkan Aril sebagai abangnya. 

Dalam episod ni gak, Elysa yang terasa hati dengan sikap Aril akan merajuk tidak mahu makan atau pulang dari kolej dengannya. Aril yang tak tahu memujuk akhirnya 'merajuk' juga kerana ditimpa pelbagai musibah dalam rumah itu. Beberapa insiden terjadi dimana ada yang manis dan ada yang pahit. insiden-insiden ini akan mengubah plot drama ini untuk ke tahap lain episod-episod akan datang.

Banyak jugak persoalan yang akan tertanya dan terjawab dalam episod ini. Apakah tindakan Jasman untuk menyiasat dan mendapatkan jawapan yang dicarinya mengenai kecurangan Yasmin? Apakah tindakan Jasman ke atas Yasmin? Apakah yang Aril lakukan sehingga Imran mulai sukakannya? Apakah yang dilakukan oleh Imran untuk menunjukkan betapa dia mula sukakan dan sayangkan Aril seperti abangnya sendiri? Apakah Aril akan mulai lembut hati melayan adik-adiknya? Apakah tindakan Yasmin terhadap Aril kerana disyaki telah memberitahu Jasman pasal kecurangannya? dan apakah lagi insiden-insiden lain yang akan mengubah perjalanan hidup mereka selepas ini? 


nantikan CINTA ELYSA yang bakal keudara SELASA ini 11 Oktober 2011, di TV3 pada pukul 9.00malam.


p.s : sedikit snapshot untuk episod 5 insyaALLAH akan dimuatkan petang ini atau esok. :)


***  copyright  www.suhanpost.com  ::  admin@suhanpost.com

No comments: