SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

21 October 2011

Review CINTA ELYSA Episod 7 (25/10/2011)

Salam Jumaat.

Seperti biasa, kami akan update sinopsis ringkas dan upload beberapa snapshot untuk episod yang akan ditayangkan selasa depan. Selasa, 25/10/2011 9.00malam akan keudara CINTA ELYSA episod 7.

Sinopsis ringkas.

Aril telah melarikan Elysa bersama setelah dihalau rumah oleh Yasmin ke rumah sewa kawan-kawannya, Joe dan Sani. Namun terjadi sesuatu yang menyebabkan Aril bertindak membawa Elysa keluar dari rumah itu. Elysa dibawa Aril ke pekan terpencil jauh dari Kuala Lumpur agar tiada sesiapa yang mengenali mereka di situ. Di situlah Aril dan Elysa akan berkenalan dengan Mak Jah, tukang urut yang mempelawa mereka tinggal bersamanya buat sementara waktu.

Yasmin membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangan Elysa manakala Mazni pula terus mencari Aril. Di rumah Yasmin, Rashid sudah bertindak ganas dengan anak-anak Yasmin dan Yasmin pula yang tak sanggup kehilangan Rashid akur dengan cadangan Rashid.

Dalam episod ni, penonton dapat lihat betapa ambil berat Aril pada Elysa dan penonton akan dapat rasa bahawa Aril sebenarnya dalam diam ada hati kepada Elysa. Ini dikuatkan lagi apabila scene-scene melibatkan mereka akan dibelakangkan dengan adunan lagu "Spider - Kita Satu" dengan liriknya


Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan


Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku


Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama


Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..




Persoalan yang bermain dalam episod ini, Kenapa Mazni masih mencari Aril? Apakah sebenarnya yang berlaku di rumah Joe dan Sani? Kemana hala tuju Aril membawa Elysa? Macam mana boleh kenal dengan Mak Jah dan dipelawa tumpang di rumahnya? Apa yang Rashid dah buat kepada anak-anak Yasmin dan apa cadangan Rashid yang Yasmin terpaksa akur? semuanya akan terjawab dalam CINTA ELYSA episod 7, SELASA 25 Oktober 2011 9.00mlm di TV3!


Snapshot-snapshot Episod 7 akan diupload malam ni INSYAALLAH.... :)

***   copyright  www.suhanpost.com  ::  admin@suhanpost.com

1 comment:

white rose said...

xsabarnye nak tunggu... :)