SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

30 July 2011

Telemovie HANYA DIKAU arahan AMIE MAZIAH

Telemovie HANYA DIKAU yang turut tersenarai dalam 
Sinopsis telemovie HANYA DIKAU


Telemovie HANYA DIKAU bakal bermula pengambaran selepas raya insyaallah... any changes akan diupdate... barisan pelakon juga akan diupdate nnt... :) jd hayati dulu sinopsis telemovie HANYA DIKAU ni ye... :)


"HISYAM yang mengambil keputusan menetap di Australia akhirnya terpaksa pulang ke Malaysia untuk mengambil alih perniagaan pengangkutan milik keluarga apabila ayahnya DATUK BORHAN sakit dan tidak dapat memberi tumpuan kepada perniagaan. Hisyam yang sepuluh tahun merantau ke Australia kerana kecewa setelah rumah tangganya bersama SHEERA runtuh akibat kecurangan Sheera, pada mulanya agak keberatan untuk pulang tetapi terpaksa kerana beliau satu-satunya anak lelaki Datuk Borhan dan DATIN AMIRA.

Bagi mengikat agar Hisyam tidak pulang ke Australia lagi, keluarganya cuba mencari jodoh untuk beliau tetapi semua calon-calon yang diperkenalkan oleh keluarganya dan neneknya AMINAH tidak menarik minat Hisyam yang sudah serik dengan isteri cantik dan terpelajar.

Namun, tanpa disedari Hisyam sebenarnya terpikat dengan FIFI, pembantu rumah keluarganya. Sikap lemah lembut serta menghormati orang yang ada pada Fifi benar-benar memikat hatinya. Namun Hisyam bimbang keluarganya akan menolak kerana Fifi hanyalah seorang pembantu rumah dan hidupnya sempit menyara tiga adiknya yang masih belajar.

Dalam masa yang sama, Sheera yang telah bercerai dengan suami keduanya berhasrat untuk berbaik semula dengan Hisyam namun ditentang Aminah. Akhirnya Hisyam berterus terang dengan Fifi yang dia mencintai Fifi dan ingin mendapat kepastian samaada Fifi menerimanya agar dapat beliau berterus terang dengan keluarganya.

Fifi terkedu. Layakkah dia dicintai Hisyam? Bukankah mereka tidak setaraf? Adik bongsu Fifi MIRA berpendapat bahawa cinta itu anugerah Tuhan dan Tuhan berhak menganugerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Akhirnya Fifi menyerahkan semuanya kepada Hisyam."

Apakah akan terjadi kepada cinta ikhlas mereka? Adakah tentangan daripada keluarga Hisyam terhadap niat baiknya? Dapatkan mereka disatukan atas nama cinta? Apakah Sheera yang akan rasa tercabar akan membalas dendam kepada Fifi dan Hisyam? Segala persoalan akan terjawab dalam telemovie HANYA DIKAU arahan AMIE MAZIAH terbitan SUHAN MOVIES & TRADING SDN. BHD. Di TV2 akan datang... info tayangan akan diupdate nnt... :)

***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

29 July 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

JOHAN ARIF a.k.a Botak kekal sebagai Hero dalam CINTA ELYSA









salam to all... dapat new info pasal Johan Arif a.k.a 'Botak' yang aritu datang casting utk watak hero dalam drama bersiri Lestary CINTA ELYSA, tidak dapat berlakon utk watak itu atas sebab komitmen dengan kontrak lain... so skrg Suhan Movies masih dalam pencarian pelakon lelaki lain yang ssuai utk watak hero ni...


Shahz Jaszle calon paling sesuai pilihan editor pun ada komitmen lain... Aeron Aziz lak umrah... Adiputra pun umrah... fahrin matang sangat utk hero remaja... so kita nantikan update dari Suhan Movies ye siapa yang bakal menggalas watak yang susah dicari ni... hehehe... susah2 sgt saiful apek je la... hehehe :)


Akhirnya tadi sumber dari Suhan Movies bgtaw yang Johan Arif a.k.a Botak sudah sign kontrak dengan Suhan Movies bg memegang watak Hero dalam Cinta Elysa... mcm mana boleh terjadi, kami belum 'korek' dari sumber.. nnt akan di update dlm komen entry ni ye... :)


di sini kami sertakan sekali sinopsis pengenalan cerita untuk drama CINTA ELYSA yang bakal diterbitkan untuk slot Lestary TV3 akan datang.


"CINTA ELYSA mengisahkan dilema seorang pemuda, Aril yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu saudara yang membencinya dan sepupu-sepupu yang memusuhinya.


Kerana anak-anak lelakinya masih kecil, sebelum bapa saudaranya Jasman meninggal dunia, Jasman mahu dia menjaga seorang anak gadis dan dua anak lelakinya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.


Dalam dilema dirinya yang juga dianggap pemuda bermasalah, dia cuba mengikut amanat itu. Ibu saudaranya yang membencinya menjadi penghalang, bagaimanapun cintanya dalam diam pada sepupunya Elysa mengikat kuat hatinya di rumah itu. Ketika dia dihalau pergi dari rumah oleh ibu saudaranya, dia nkad membawa Elysa lari bersamanya. Dia kembali menjalani kehidupan sebagai samseng, demi kehidupannya dan menyara Elysa tetapi ditegur Elysa yang mahu Aril mencari rezeki halal deminya dan Aril menerima teguran itu dan beralih berusaha mencari rezeki yang halal demi insan yang dicintainya..."




anynews pasal casting akan diupdate nanti... :)




***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

28 July 2011

Drama bersiri TV9 berjudul "KALI KE 2" arahan Aziz M.Osman

Drama yang masih di awal proses pengambaran berjudul "KALI KE 2" bakal ditayangkan di TV9 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd arahan Aziz M.Osman. Drama 13 Episod ini membariskan pelakon baru dan lama bagi meyerikan drama tempatan di TV9.


di sini kami update barisan pelakon utama dalam drama bersiri ini... :)

 Nas-T


Faralyna Idris



Wan Nor Azlin



Ann Ngasri



Ridzuan Hashim



Dian P.Ramlee


Sinopsis dan lain-lain info akan diupdate dalam masa terdekat... :)
***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

Jamuan makan sempena menyambut Ramadhan dan meraikan pelajar praktikal tamat latihan

Semalam bertempat di Restoran Kelantan Delight di Plaza Sentral Suhan Movies & Suhan Post mengadakan jamuan makan sempena menyambut ketibaan Ramadhan dan juga meraikan pelajar praktikal, Siti Hajar yang menamatkan latihan industri sebagai penolong editor di Suhan Post hari ini.


Our big boss Rosyam Nor sedang smpaikan amanat kepada semua pekerja.... bukan tgh baca doa makan taw... hehehe

Pengurus Suhan Post, En. Suhaimy dan Penerbit Eksekutif Suhan Movies, Julia Juhasu

Para pekerja dengan senang hati mendengar amanat dari boss

pelajar-pelajar praktikal Suhan Post dan yang sebelah kanan yang diraikan... :)

Pengurus Kewangan Suhan Mr. Rajan sedang ketawa mendengar celoteh dari Rosyam Nor yang dulu pernah dibulinya.

para staf bersemangat... bukan semangat dengar celoteh, tp bersemangat tunggu makanan.

Dah ala khutbah jumaat dah Rosyam berucap... khusyuk semua staf... 

Mr. Rajan, "bila la nak abis bos berucap nih... 
Senior Editor, Selamat Yusof "ko senyum je rajan... layan je..."

Rosyam Nor berbisik dalam hati... "alamak, duit tak cocok lagi la...."

paling depan ni sebelah kiri Penerbit Penyelaras, Haizan Onn dan Editor, Haikal Fadzil

Big bos dengan bos2... :)

Siti Hajar, pelajar praktikal yang diraikan menerima cenderahati dari Rosyam Nor mewakili Suhan

Staf bergambar bersama big bos.

One Peace!!!!


***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

27 July 2011

Telemovie tribute to P.Ramlee...

Ramai yang tak tahu pasal projek Tribute to P.Ramlee yang mengandungi 10 telemovie arahan 10 pengarah hebat Malaysia. Sebenarnya projek ini dengan kerjasama Suhan Movies dan pihak RTM sebagai penghargaan kepada jasa Tan Sri P.Ramlee yang telah banyak menyumbang dalam industri hiburan tanah air.


Kalau mengikut persetujuan dan perancangan pihak Suhan dan RTM, ke semua telemovie ini akan dipertandingkan antara mereka bagi menganugerahkan pengarah terbaik, pelakon terbaik dll yang akan disampaikan dalam satu Malam Anugerah yang akan diadakan di penghujung tahun ini. Ia adalah satu malam anugerah khas dianjurkan oleh Suhan Movies dan RTM bagi mengiktiraf hasil karya yang disumbangkan dalam projek telemovie Tribute to P.Ramlee ini...




skali lagi disenaraikan senarai telemovie tribute to P.Ramlee yang akan dipertandingkan... 



1. miang buluh keladi birah (dir :bade hj azmi)
2. siapa tipu siapa (dir :aziz m osman)
3. tunggu sekejap (dir : along kamaluddin)
4. pelamin di pusara (dir : murali abdullah)
5. hanya dikau (dir : amie maziah)
6. dimana kan ku cari ganti (dir : osman ali)
7. getaran jiwa (dir: michael ang)
8. kalau dah jodoh (dir : ismail yaacob)
9. selagi cinta berzikir (dir : erma fatima)
10. titisan kasih (dir : rashid sibir)




***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

26 July 2011

Video Klip Dalam Diam (CT & KD) TRILOGI CINTA Thriller.

Lagi satu OST dalam Trilogi Cinta yang mendapat tempat di hati peminat berjudul Dalam Diam nyanyian Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti. Lagu ini mendapat ikhsan oleh Dato' Siti Nurhaliza yang juga kenalan kepada pengarah, Amie Maziah untuk digunapakai dalam drama ini.

Trilogi Cinta kini diulang tayang di TV1 setiap Selasa pukul 11:00 pagi. So bagi yang bekerja xdapat la nk ulang tonton di TV ye malainkan yang ada TV di office bole la curi-curi tgk... hehehe....

Menurut Yus Waizar (atau lebih dikenali sebagai abang Bad dalam Trilogi Cinta) dalam Facebooknya, "Trilogi cinta 2 akan mjalani pgambaran pd disember ini.." - 26/07/11 7:00am


Di sini kami muatkan video klip Dalam Diam TRILOGI CINTA Thriller... :)








lirik lagu DALAM DIAM



Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
*
Kata hatiku
Ku simpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *
Ulang **

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Ulang Chorus
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah lepaskanlah

Ulang Chorus
Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi


***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

Video Klip Melakar Rindu (MTV) TRILOGI CINTA Video Clip.

TRILOGI CINTA terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang telah berjaya ditayangkan di TV1 sebelum ini telah membuatkan permintaan tinggi untuk melanjutkan ke musim ke 2 biarpun 40 episod boleh dianggap satu angka bilangan episod yang besar bersiaran di kaca tv. 


Insyaallah berdasarkan update terkini, TRILOGI CINTA musim ke 2 akan bermula pengambaran hujung tahun ini atau awal tahun hadapan dan akan menemui pengikut setia tahun hadapan. Barisan pelakon utama setakat ini dikekalkan dan tidak ada ura ada pertukaran dikalangan watak utama. Watak-watak extra tak dijanji la yang sama. hehehe... 


di sini sy muatkan video klip MELAKAR RINDU oleh Julfekar & The Stringers yang menjadi salah satu OST dalam Trilogi Cinta. 




Lirik MELAKAR RINDU 

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Punahlah jua kini akhirnya..


Nantikan update kami tentang drama TROLOGI CINTA musim ke 2 di sini dan di group Drama Suhan Movies...


***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

25 July 2011

Telemovie DIMANAKAN KU CARI GANTI arahan Osman Ali

Atas permintaan, kami berikan sinopsis telemovie DIMANAKAN KU CARI GANTI yang bakal diterbitkan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd arahan Osman Ali. Telemovie ini akan dimulakan pengambaran lusa. Jika dibaca dari sinopsis asal yang diberi oleh Suhan Movies, cerita ini penuh emosi. Ditambah pula  dilakonkan oleh FAEZAH ELAI yang akan memantapkan emosi semantap penangan Zaliya dalam Asmara & Asmara 2... :) Watak hero pula telah diinform oleh Suzzanna Elai yang mana hero dilakonkan oleh Arja Lee. menurut Suzzana Elai lagi, pengambaran berlangsung di Sg. Petani, Kedah selama 10 hari... :) near to my hometown... orang2 kampung! serbu sungai petani! hehehe... :)


Faezah Elai



Arja Lee



Lain-lain pelakon yang turut membantu dalam menjayakan telemovie ini seperti Balqis, Muslina, Farah (menantu Fauziah Nawi)


sinopsis awal telemovie DIMANAKAN KU CARI GANTI

 
"….Chah sayangkan Azhar…Itu saja yang dia tau…Itu saja yang penting…Tuhan telah menyenangkan jodoh mereka berdua dengan meletak kedua keluarga mereka duduk bersebelahan berjiran semenjak mereka masih dalam kandungan…Kalau tidak, mungkin Chah akan berkawin dengan orang lain…Mungkin dengan Mawi, mungkin dengan Tom Cruise, atau mungkin dengan Datuk K yang tebal misainya tu…Tapi itu kalau Chah tidak kenal Azhar….


Bila Chah dah kenal Azhar, bila hati Chah telah pandai mengenali dan merasai cinta (semenjak dia baru berumur 8 tahun), tidak ada lelaki lain di dunia ini yang mampu bertahta di hatinya selain dari Azhar…Azhar, Azhar, Azhar, Azhar, Azhar….Itu saja yang bermain didalam fikirannya…

Chah manis…Chah sweet…Chah comel…Chah manja…Chah, Chah, Chah, Chah…..Azhar tidak boleh ingat waktu bila fikirannya tidak berfikir tentang Chah…Waktu solat pun Azhar terpaksa berhempas pulas untuk menumpukan fikiran kepada ibadatnya…Mungkin ini yang di namakan angau…

Azhar tak tau bila putik cinta terhadap Chah ni bermula. Yang dia ingat, dia rasa cemburu gila  bila melihat Chah main mata dengan Mat Som, teman baiknya. Waktu tu mereka di tingkatan 5.  Azhar tau mereka berdua memang rapat, tapi dia tidak pernah memikirkan soal-soal jiwang…Heiiiiii…Geli tekaknya nak menyebut perkataan cinta…

Chah akan ketawa bila teringatkan peristiwa dengan Mat Som. Chah hanya meminta pertolongan Mat Som untuk mengajarnya subjek matematik. Tapi peristiwa itu telah membantu menukar ‘hala-tuju’ hubungannya dengan Azhar…Semenjak itu mereka berdua seperti Romeo & Juliet, atau Tom & Jerry (cerita kartun yang mereka berdua gemari sejak dari kecil)…

Dan apa lagi yang lebih membahagiakan apabila rasa cinta mereka berdua di satukan dengan satu ikatan yang lebih kudus…Meleleh airmata Chah bila Azhar mencium dahinya…Seluruh jiwa dan raganya terasa seperti diserahkan bulat-bulat kepada Azhar…Dan dari saat itu Chah bersumpah akan mencintai Azhar sampai dia menutup mata….

Tak sampai sebulan mereka bersatu sebagai suami isteri, Chah mulai loya-loya tekak…Kedua-dua keluarga menyambut berita kehamilan Chah dengan gembira. Mereka akan menerima cucu sulung.

Cinta Chah dan Azhar semakin menebal dan mendalam. Setiap detik dilalui dengan rasa manis dan haruman bak di syurga…Tidak pernah sekalipun mereka bertengkar atau bermasam muka…Chah rasa bersyukur yang amat sangat dengan rahmat yang di beriNya…

Hanya tinggal sebulan lagi sebelum mereka dengan rasminya bergelar ibu dan ayah. Chah dah tak sabar-sabar lagi untuk menimang anaknya. Setiap tendangan didalam perutnya membawa perasaan bahagia yang teramat sangat…Dia mencintai Azhar, tapi bagaikan ada satu lagi cinta yang sedang mekar didalam hatinya…Cinta terhadap nyawa yang sedang membesar didalam perutnya…

Petang itu Chah keluar dengan Azhar…Chah mengidam teringin benar untuk menjamah nasi kerabu Mak Cik Tipah…Motor yang mereka naiki sedang bergerak perlahan apabila tiba-tiba sebuah motor lain mendekati mereka dan cuba menarik beg tangan Chah. Percubaan mereka gagal kerana Chah melawan…Mereka terpaksa beredar, tetapi sebelum  mereka beredar, mereka menendang motor yang di naiki Chah dan Azhar….Chah tercampak dan kepalanya terhentak kuat di kaki lima jalan..."

apakah akan terjadi seterusnya? adakah Chah akan meninggalkan Azhar? atau adakah Chah akan koma seperti Zaliya di Asmara musim pertama? atau adakan mereka akan kehilangan anak pertama mereka dan Chah tidak mampu memberikan anak lagi kepada mereka? persoalan-persoalan ini akan terjawab dalam tayangan telemovie "DIMANAKAN KU CARI GANTI" yang akan menemui anda di TV2 tidak lama lagi...


sedutan lagu Dimanakan Ku Cari Ganti dalam filem Ibu Mertuaku (1962)




lirik lagu Dimanakan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


 
***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

23 July 2011

Telemovie TUNGGU SEKEJAP arahan Along Kamaluddin

Lagi telemovie Tribute to P.Ramlee berjudul TUNGGU SEKEJAP bakal diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd arahan oleh Along Kamaluddin. 


Lakonan 










Fizo Omar








 



Hasnul Rahmat






             



               







Eira Syazira








 









 Nasir Bilal Khan







Telemovie ini mengisarkan Adli dan Amirah yang saling mencintai tetapi terpaksa berjauhan kerana Adli menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti di luar negara. Walaupun mereka saling mencintai, bapa Amirah tidak merestui hubungan mereka kerana menganggap Adli yang miskin tidak layak untuk berkahwin dengan anaknya dan tidak mampu untuk membahagiakan anaknya. 

       Sewaktu Adli di luar negara, Amirah dilamar oleh Anak Tok Penghulu bernama Fuad, namun lamaran tersebut ditolak oleh Amirah lantas menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati kepada Fuad kerana menganggap penolakan itu memalukan keluarganya dan bertindak nekad untuk membalas dendam.


          Mampukah Amirah menunggu kepulangan Adli? Apakah yang dirancang oleh Fuad untuk membalas dendam terhadap maruah keluarganya? Apakah perkhabaran gembira diterima oleh Adli sepulangnya ke tanah air? saksikan kisah menarik penuh emosi ini yang akan ditayangkan di TV2 dalam slot Tribute to P.Ramlee yang mengumpulkan 10 telemovie oleh arahan pengarah-pengarah hebat tanah air.


Sedutan Sarjan Hassan yang mendendangkan lagu Tunggu Sekejap oleh P.Ramlee



Lirik lagu Tunggu Sekejap



Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu


***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

22 July 2011

Casting untuk watak hero dalam drama CINTA ELISA

salam... seperti semua sedia maklum, Shahz Jaszle tak dapat berlakon sebagai hero bergandingan dengan Fasha Sandha atas sebab komitmen beliau terhadap filem baru yang bakal shooting... 


maka td pihak Suhan Movies telah memanggil casting Johan Arif bagi menggantikan watak tersebut dalam drama CINTA ELISA. bagi yang tidak kenal dengan nama Johan Arif, mungkin anda akan lebih kenal beliau sebagai "Botak" dalam drama JUVANA TV3 yang baru menamatkan episod akhir minggu lepas.




inilah wajah "Botak" dalam JUVANA sumber dari blog nurizspace.com...




dan sedikit biodata beliau



Nama : Johan Ariff Asari
Umur : 25 tahun
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan: Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pernah mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
Kebolehan: menghafal 1 setengah juzuk al quran
Seorang yang kelakar dan peramah, suka merendah diri

so tadi casting berjalan lancar, bro Johan Arif ni bukanlah kasar atau kejam mcm dlm Juvana tu... dia mmg ramah n mesra je orangnya. berbudi bahasa dan mudah bergurau. Dalam drama CINTA ELISA nanti beliau akan berperwatakan ganas dan kasar (jahat skit la wataknya) tapi hatinya lembut dan ada taman dalam hati... hehehe...


ni sedikit snap dari casting, Johan Arif yang botak dalam Juvana dah berambut ye.. hehehe






***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

Telemovie PELAMIN DI PUSARA arahan Murali

Salam to all... atas permintaan ramai kami beri sedikit info mengenai telemovie Pelamin Di Pusara arahan Murali Abdullah terbitan Suhan Movies untuk slot Tribute to P.Ramlee TV2 walaupun telemovie itu tidak diedit di Suhan Post.




Pelakon Utama 




Shahz Jaszle



Raja Farah



Diana Johor



Turut dibantu oleh Khairil Anwar dan Rashidah Jaafar.




Sinopsis : 
(sumber dari Suhan Movies)



"MENGISAHKAN konflik cinta yang dihadapi oleh ZAMARUL (Shahz Jaszle) dan MAISARA lakonan (Raja Farah) dalam mempertahankan kesucian cinta mereka dari  perancangan jahat oleh tunangan Zamarul, SURAYA (Diana).

Sebelum Suraya melanjutkan pelajaran ke luar negara, kedua ibu bapa Zamarul iaitu GHAZLAN  dan ZARINA telah memaksa Zamarul bertunang dengan Suraya. Walaupun Zamarul tidak bersetuju dengan pertunangan tersebut, namun dia terpaksa mengalah demi menjaga hubungan baik keluarganya dengan ayah Suraya iaitu ISMAIL kerana Ismail merupakan rakan kongsi perniagaan hartanah ayahnya.

Sebagai seorang yang happy go lucky dan suka bersosial, kehidupan Suraya di luar negara tersasar dari landasan kehidupan yang sebenarnya. Sementalahan pula kehidupan keluarga Suraya di Kuala Lumpur juga agak bebas dan moden, mirip gaya hidup barat. Salah seorang teman Zamarul yang turut belajar di uviversiti yang sama dengan Suraya, apabila pulang ke Malaysia telah menceritakan tentang gaya hidup Suraya di sana. Ini menyebabkan Zamarul makin sukar untuk menerima Suraya, bagaimanapun Ghazlan dan Zarina yang juga mengamalkan gaya hidup ala barat menganggap semua itu adalah perkara biasa.

Kecewa dengan sikap Suraya yang tidak mahu berubah, Zamarul mencari ketenangan di masjid, lalu berkenalan dengan Maisara dan akhirnya mereka saling menyintai. Bagaimanapun apabila Ghazlan terserempak dengan mereka, Ghazlan memaksa Maisara meninggalkan Zamarul."




p/s : untuk mengtahui kisah selanjutnya dan apa yang berlaku kepada mereka dan cinta mereka, saksikan telemovie ini yang bakal menemui anda di TV2... info pasal tayangan akan diupdate bila dapat confirmation dari stesen rtm... :)




dipetik sumber dari Berita Harian


AKUI Murali, kebebasan yang diberikan sepenuhnya Suhan Movies merencanakan telefilem ini membolehkannya membuat pemilihan dari A hingga Z demi memastikan hasil akhir berada pada tahap terbaik. 

“Apabila bekerja kita perlukan pasukan yang serasi dan kali ini saya mendapat peluang seperti ini. Sudah pasti kepercayaan yang diberikan Rosyam Nor selaku penerbit tidak akan saya persiakan. 

“Contohnya, saya pilih Shahz Jaszle kerana yakin terhadap bakatnya dan nyata sepanjang penggambaran dia ‘memberi’, malah dia boleh melangkah jauh melihatkan disiplin dan kesungguhan aktor berkenaan,” katanya lagi yang turut menggunakan khidmat Indra Che Muda selaku jurukamera. 

Tambahnya, tempoh 10 hari diberikan syarikat berkenaan untuk menyiapkan produk berbanding lapan hari juga antara kelonggaran yang dinantikan setiap sutradara untuk mendapatkan syot lebih baik. 

“Hari ini sudah masuk hari keempat penggambaran. Setakat ini segala-galanya berlangsung seperti diharapkan namun telefilem ini sebenarnya secara peribadi cabaran besar buat diri saya apabila dipertanggungjawabkan menghasilkan karya penghargaan buat tokoh seni idola saya. 

“Saya memang belum pernah bekerja dengan Suhan Movies dan apabila Rosyam mengajukan tawaran ini kira-kira dua bulan lalu, perasaan saya bercampur baur, teruja dan pada masa sama berdebar. 

“Sudah pasti saya mahu ia lebih bagus daripada buah tangan terdahulu, membuatkan saya lebih teliti dan cerewet daripada segala sudut terutama syot serta mainan emosi pelakon kerana mahukan kesempurnaan,” katanya yang mengakui mula meminati Seniman Agung itu sejak di bangku sekolah menengah. 

Mengenai slot dedikasi buat P Ramlee, ia direalisasikan syarikat Rosyam dan stesen RTM sebagai tanda penghargaan buat insan seni terulung yang berjasa kepada industri hiburan tempatan, sekali gus mengetengahkan lagu hebat insan istimewa itu untuk diingati generasi baru dan lama. 

Murali antara 10 pengarah yang diamanahkan menghasilkan 10 telefilem daripada judul lagu P Ramlee manakala Pelamin Di Pusara diilhamkan daripada lagu Uda dan Dara. 

Sutradara lain ialah Bade Azmi, Aziz M Osman, Ismail Yaakob, Amy Maziah, Along Kamaludin, Michael Ang, Osman Ali, Rashid Sibir, selain Erma Fatima. 


sedikit gambar diambil dari blog kakyong.com




insyaallah nanti kalau kami dapat video master dari Suhan Movies, kami akan sertakan sedikit snapshot buat santapan anda... info-info tambahan akan diupdate nnt... :)


*** copyright suhanpostenterprise@gmail.com