Assalamualaikum, salam 1Malaysia, salam Singapore, Indonesia & Brunei
seperti dijanjikan, sinopsis ringkas untuk CINTA ELYSA episod 11 yang bakal ditayangkan SELASA 22/11/2011...
Menurut
ending episod 10, siapa yang dikatakan 'dia dah balik' oleh Yasmin menjadi soalan penonton yang mengikuti siri ni. ramai yang bertanyakan dan ramai yang bermain teka. Ada yang mengatakan Aril ke rumah Yasmin untuk mencari Elysa dan macam-macam lagi. Sebenarnya taknak
reveal tp kena
reveal gak sebab plot jalan cerita episod 11 pun akan
reveal gak sape kan... hehehe
Yasmin dapati Elysa ditinggalkan di depan pagar rumahnya oleh orang-orang Rashid dalam keadaan tak sedarkan diri. Yasmin yang agak marah kerana diperlakukan demikian kepada Elysa tetap lega kerana telah dapat kembali Elysa. Aril pula di rumah sekali lagi termenung menyesal dan
frust menungging mengenangkan Elysa telah pergi meninggalkan dia. Dia menyesal menghalau Elysa pergi dari rumah itu. Menangis ditatapnya sekuntum bunga ros yang dibelinya untuk Elysa sampai ke pagi.
Rashid pula dalam senyap menyelinap masuk ke dalam bilik Elysa yang masih belum sedarkan diri dan cuba mengambil kesempatan terhadap Elysa sebelum Elysa tersedar. Mak Jah menjenguk Aril telah
brain wash Aril kerana sikap Aril yang tak hargai Elysa ketika dia ada. Elysa juga angau di rumah Yasmin mengenangkan Aril.
Aril yang sudah kembali bekerja dengan Abu telah terserempak dengan Khairul dan Imran. Khairul yang masih 'trauma' ditangkap Aril sekali lagi cuba melarikan diri dari Aril tetapi tertangkap juga. Aril bawa diorang balik ke rumahnya. di rumah Yasmin pula di
brain wash oleh Elysa kerana kecuaian mamanya itu menyebabkan Khairul dan Imran hilang.
banyak persoalan yang timbul dan terjawab dalam episod 11 ini. Bagaimana keadaan Aril menyesali sikapnya terhadap Elysa? Apakah yang menyelamatkan Elysa dari diperkosa oleh Rashid? Bagaimanakah Aril boleh terserempak dengan Khairul dan Imran? Apakah tindakan diambil oleh Aril terhadap Khairul dan Imran yang lari dari asrama? Bagaimana pula Yasmin dan Rashid nak cari dan dapatkan Khairul dan Imran bagi menyempurnakan pembacaan wasiat arwah Jasman? Berjayakah mereka menyempurnakan pembacaan wasiat dalam episod ini? semuanya akan terjawab dalam CINTA ELYSA episod 11 Selasa 22/11/2011 9.00 malam di TV3...
*** copyright www.suhanpost.com :: admin@suhanpost.com