SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

27 September 2011

Cinta Elysa EPISOD 3 di TV3 SELASA 27September2011 9.00malam

Salam... 

maaf ye atas kelewatan sinopsis dan snapshot... semalam editor MC xsihat... pg td baru masuk keje... so ptg2 ni baru free skit nk update... 

sinopsis ringkas Episod 3 - CINTA ELYSA

Aril terus dihalau oleh Yasmin namun dihalang oleh Jasman. Elysa turut memarahi Aril kerana menyangka Aril sengaja cuba mencederakan Yasmin. Yasmin menghasut adik-adik Elysa supaya membenci Aril. Khairul memang tidak suka dengan Aril, tetapi Imran berdiam kerana masih boleh menerima Aril. 

Aril yang bekerja di tempat cuci kereta didatangi oleh Jasman dan menyuruh dia berhenti kerja dari situ untuk memasukkannya ke kolej. Dia diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga Elysa di kolej. Pada mulanya ELysa tidak bersetuju tetapi akhirnya Aril menjadi tempat mengadu setelah tidak tahan dengan gangguan Alan. Elysa mula merasakan Aril sebagai pelindungnya dan berasa selamat dibawah penjagaan Aril. 

Di akhir episod, sesuatu pula berlaku kepada Elysa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan yang lama kepadanya... Apakah akan terjadi kepada ELysa? sama-sama nantikan dan saksikan CINTA ELYSA episod 3, 27 September 2011, 9.00malam di TV3.

di sini ada sedikit snapshot untuk episod 3.








SAKSIKAN
CINTA ELYSA
episod 3
Selasa, 27/09/2011 di TV3

***  copyright  www.suhanpost.com  ::  admin@suhanpost.com

1 comment:

Julihayati118 said...

Babysitter ke Fasha? hahaha... klakar tol time aril ckp gitu~