SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

12 September 2011

ANTARA MAGHRIB & ISYAK mulai 13 September 2011

ANTARA MAGHRIB & ISYAK bakal menemui anda mulai 13 September 2011, setiap SELASA dan RABU 11.00 pagi di TV3 dalam slot Senda Pagi TV3. Diarahkan oleh Emi Suffian, drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair seperti Zalfie Raoul, Fathil Dhani, Kazar, Muslee Ramly, Liza Abdullah, Suriati Abu Bakar, Catriona Ross, Arfah Damanhuri, Mummy Kathy, Norseha, Bell Ngasri, Tam Suhaimi, Watie Sadalie, Ilya Senario dan ramai lagi. 




sinopsis



Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami. 

Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin. 

Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya. 

Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia (Watie Sadalie) apabila Adman sering berada di rumah Mazni.

Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid. 

Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

sumber dari tv3.com.my

sedikit snapshot untuk episod 1 yang akan ke udara 13 September 2011, 11.00 pagi TV3


















Video Promo TV3...






Jangan ketinggalan setiap SELASA & RABU 11.00 pagi di TV3... bagi yang terlepas boleh catch up di tonton.com.my... :)



copyright  www.suhanpost.com  ::  admin@suhanpost.com


2 comments:

Unknown said...

dah tgk drama nih... hahaha.. kelakar sungguh... mcm2 hal... ;)

suhanpost said...

terima kasih atas feedback anda... :)