SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

11 January 2011

Trilogi Cinta di Utusan Malaysia


*kredit kepada akhbar Utusan Malaysia Online

MEMANJANGKAN naskah novel ke bentuk visual bukanlah tugas yang mudah. Apatah lagi apabila ia melibatkan judul yang laris di pasaran. Bagi penerbit dan pelakon Rosyam Nor, ini merupakan percubaan besar bagi syarikat miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies), apabila terpaksa berbelanja besar mengeluarkan wang sejumlah RM1.1 juta bagi merealisasikannya.

Tiga karya tulisan novelis terkenal, Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi digabungkan dalam rantaian 40 episod yang kini bersiaran setiap Ahad, Isnin dan Selasa di TV1 pukul 10 malam.

Menggandingkan barisan pelakon popular, selain Rosyam yang memegang watak Razif, pelakon cantik, Fouziah Gous kali ini memegang watak yang cukup mencabar iaitu Norjinah yang merupakan subjek utama rantaian itu.

Pelakon lain yang turut menjayakan siri arahan Amie Maziah Abdul Rahman itu ialah Amyza Aznan (Salmi), Raissuddin Hamzah (Taufik), Aida Khalida (Aida), Siti Fazurina (Norseha), Reza Hasbi (Sharul) dan Yuswaisar sebagai Badrul.

Merealisasikan naskah novel ke bentuk drama bersiri sememangnya tidak mudah. Ini kerana merurut Rosyam, ia menuntut tumpuan serta komitmen yang tinggi daripada pelbagai aspek.Selaku penerbit, Rosyam menjelaskan seboleh mungkin dia cuba menzahirkan jalan cerita trilogi novel popular itu kerana sedia maklum akan kehendak penonton bukan semuanya mampu dipenuhi.

“Merealisasikan Trilogi Cinta dalam bentuk drama bersiri menuntut kesabaran yang tinggi apatah lagi proses pengambaran memakan masa selama 98 hari termasuk bulan Ramadan baru-baru ini.
“Daripada bulan Ramadan dibawa selepas cuti hari raya seterusnya menjangkau ke raya haji bagi saya satu proses yang lama.

“Bagaimanapun, barisan pelakon seperti Fouziah Gous sendiri saya lihat telah mencuba yang terbaik dan saya rasa ini satu profil baru buat Fouziah sendiri,” kata Rosyam.

Membelanjakan kos yang tinggi untuk drama tersebut akui Rosyam ia jumlah yang agak besar berbanding drama-drama yang pernah dihasilkan Suhan Movies sebelum ini.

Ini merupakan rantaian kedua terbanyak yang pernah dihasilkan oleh Suhan Movies.
Sebelum ini, syarikat itu menghasilkan siri Rahsia Hati sebanyak 40 episod yang telah disiarkan di Astro.

No comments: