SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

01 January 2011

Salam Sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat yang Esa, akhirnya berjaya juga laman blog ini diterbitkan. Suhan Post Enterprise merupakan sebuah anak syarikat daripada Suhan Movies & Trading Sdn Bhd milik pelakon terkenal tanah air, Rosyam Nor Shamsuddin. Suhan Post lebih menumpukan kepada kerja-kerja pasca penerbitan seperti penyuntingan audio visual.

Diuruskan oleh Encik Selamat bin Yusof, Suhan Post kini mempunyai 5 orang tenaga penyunting yang berusaha untuk melaksanakan tugas penyuntingan supaya produk yang dihasilkan dapat memenuhi citarasa penyokong industri televisyen Malaysia.

Wujudnya blog ini bertujuan untuk mendekatkan lagi para pengikut program yang diterbitkan oleh pihak syarikat dan juga sebagai satu langkah promosi kepada pengunjung laman ini.

Jika tenaga kerja kami punya kesempatan masa, Insya Allah, pengunjung blog ini bukan sahaja dapat mengikuti perkembangan-perkembangan program yang kami hasilkan, malah kami juga akan berusaha untuk memaparkan intipati yang mungkin tidak dapat diperolehi di kaca televisyen seperti snapshot babak yang dipotong, bloopers, dan lain-lain lagi.

Disebabkan blog juga merupakan satu simbol globalisasi yang sangat terbuka, maka kami dari pihak syarikat mengharapkan sekiranya ada komen-komen membina daripada pengunjung sekalian, boleh disalurkan di sini, di ruangan yang boleh anda tinggalkan pendapat anda. Diharapkan komen-komen tersebut tidaklah menggunakan kata-kata kasar dan menyimpang daripada susur budaya kita.

Sekian dahulu daripada kami. Sekiranya ada tersalah kata, ampun dan maaf dipinta. Selamat melayari blog Suhan Post.

No comments: