SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

05 November 2012

10 Telemovie P.RAMLEE bermula tayangan di TV1...


10 telefilem TRIBUTE TO PRAMLEE terbitan SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD. telah bermula tayangan di TV1 setiap hari Ahad, 9.00 malam 13 Januari 2013. Telemovie-telemovie ini akan menampilkan hasil arahan pengarah-pengarah terkenal tanah air yang akan berentap untuk  menghasilkan karya terbaik mereka.


       Direalisasikan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Rosyam Nor dengan kerjasama stesen RTM sebagai tanda penghargaan buat insan seni terulung yang berjasa kepada industri hiburan tempatan, sekali gus mengetengahkan lagu hebat insan istimewa itu untuk diingati generasi baru dan lama.

Ahad akan datang, (11 November 2012) pukul 9.00 malam di TV1, sebuah telemovie berjudul GETARAN JIWA arahan Micheal Ang bakal menemui anda yang membawa lagu tema Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan dilakonkan oleh Amar Mohd Bahrin, Marsha Milan Londoh, Izzue Islam & Fir Affandi.

sinopsis ringkas

"
Muzik adalah kegilaan anak-anak muda. Mereka makan dengan muzik, tidur dengan muzik dan hidup sehari-hari dengan muzik. Kerana kegilaan dan ketaksuban dengan muzik inilah yang memberikan satu  semangat  kepada sebuah band dari Kampung Sungai Dalam yang digelar KUGIRAN untuk menjadi bintang rock.

Untuk mencapai impian, mereka telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Ketika inilah mereka melihat Kuala Lumpur bukan syurga , Kuala Lumpur adalah satu kota yang penuh dengan seribu cabaran. 

Nas salah seorang anggota KUGIRAN telah berkenalan dengan Aliya seorang event manager. Aliya telah menawarkan diri menjadi pengurus KUGIRAN.   Aliya telah memuat naik lagu yang dicipta oleh KUGIRAN dalam laman sesawang Myspace, facebook dan you tube.  "


Promo Getaran Jiwa




***   copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

No comments: