SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

26 March 2011

AKAN DATANG - Cerekarama - IKTIKAD AHAD



Hayat Ahad berbaki hanya satu hari lagi sebelum nyawanya dicabut melalui jerutan tali gantung. Pada masa inilah, gementar dirasai seluruh badan, menghabiskan sisa-sisa nafas kerana maut sudah diketahui bila masa datangnya. Ahad meminta kehadiran seorang pegawai penjara bahagian kerohanian, untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya supaya pemergiannya disertai perasaan yang tenang. Kehidupan Ahad yang penuh dengan didikan agama akhirnya ditamatkan di tali gantung. Apakah sebabnya seorang pendakwah seperti Ahad mendapat hukuman sebegitu rupa? Saksikan, Iktikad Ahad di Cerekarama, Sabtu 2 April 2011.

Barisan pelakon:

Fizz Fairuz
Zoee Tan
Idris Md Diah
Talha Harith
Naim Daniel
Fazli Daniel
Josiah Hogan


Pengarah : Fairuz Loy (6 progresif/susuk)
Penyunting : Haikal Fadzil (Trilogi Cinta/Begitukah Cinta/Nenek Kebaya)

12 comments:

myvitrd said...

Insyaallah akan layan nanti sempena birthday saya.. hehehe

Syuhada said...

tengah tengok cter nih...hari nih..hehehe...

myvitrd hepy bufday...semoga Allah sentiasa memberkati...ameen.....

ksk said...

tgh layan..

Anonymous said...

Saya terlepas rancangan ni. dapat tengok 5 minit sebelum habis tayangan. Bila lagi ulangan cerita ini. Saya teringin sangat nak tengok. pelakonnya juga semua hebat-hebat.

mawa said...

best sgt2..naim daniel membawakan watak dengan bagus sekali..2 thumbs up! :D

Anonymous said...

Saya minat dengan pelakon kanak2 Fazli Daniel Ali. Bermula tengok cerita Ramadhan, Ayoub dan Yang Terpuji (Sebagai Ahmad Muhamad). Walaupun kekadang nampak lakonannya bersahaja tetap karektornya cute sangat. Apa tajuk drama berikutnya lakonan si kecil ini.

Ida said...

layan.. Ahad kecil lakonan semakin mantap. walaupun masih kecil tapi pandai berlakon. Keep it up.

esya said...

Nak tengok lagi.

Anonymous said...

saya suka Talha Harith dlm cita ni..
wajah yg innocent yg dibawa, seringkali membuat hati rasa sebak..
tangisan, rintihan & air mata yg Talha Harith bawakn, mmg meninggalkan kesan..
AHAD mmg xbersalah...

haikal fadzil said...

terima kasih kepada semua yang menonton telemovie IKTIKAD AHAD di cerekarama semalam. sbg penyunting, sy dah melakukan apa yg tmampu setakat ini utk mterjemahkan karya di atas kertas,dan yang telah dirakamkan oleh lensa kamera ke kaca tv. sekiranya ada kkurangan sy mohon maaf.

terima kasih sekali lg

Anonymous said...

Boleh tak tolong list kan lagu yang disunakan dalam cerita iktikad ahad ini. Ada 4 kan? Selain lagu Opick, lagu apa lagi eh?

Anonymous said...

betul tu saye sgt suke lagu2 die....bezz sgt...tapi x taw ape name die...plzzzzz senaraikan,,,