SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

30 July 2011

Telemovie HANYA DIKAU arahan AMIE MAZIAH

Telemovie HANYA DIKAU yang turut tersenarai dalam 
Sinopsis telemovie HANYA DIKAU


Telemovie HANYA DIKAU bakal bermula pengambaran selepas raya insyaallah... any changes akan diupdate... barisan pelakon juga akan diupdate nnt... :) jd hayati dulu sinopsis telemovie HANYA DIKAU ni ye... :)


"HISYAM yang mengambil keputusan menetap di Australia akhirnya terpaksa pulang ke Malaysia untuk mengambil alih perniagaan pengangkutan milik keluarga apabila ayahnya DATUK BORHAN sakit dan tidak dapat memberi tumpuan kepada perniagaan. Hisyam yang sepuluh tahun merantau ke Australia kerana kecewa setelah rumah tangganya bersama SHEERA runtuh akibat kecurangan Sheera, pada mulanya agak keberatan untuk pulang tetapi terpaksa kerana beliau satu-satunya anak lelaki Datuk Borhan dan DATIN AMIRA.

Bagi mengikat agar Hisyam tidak pulang ke Australia lagi, keluarganya cuba mencari jodoh untuk beliau tetapi semua calon-calon yang diperkenalkan oleh keluarganya dan neneknya AMINAH tidak menarik minat Hisyam yang sudah serik dengan isteri cantik dan terpelajar.

Namun, tanpa disedari Hisyam sebenarnya terpikat dengan FIFI, pembantu rumah keluarganya. Sikap lemah lembut serta menghormati orang yang ada pada Fifi benar-benar memikat hatinya. Namun Hisyam bimbang keluarganya akan menolak kerana Fifi hanyalah seorang pembantu rumah dan hidupnya sempit menyara tiga adiknya yang masih belajar.

Dalam masa yang sama, Sheera yang telah bercerai dengan suami keduanya berhasrat untuk berbaik semula dengan Hisyam namun ditentang Aminah. Akhirnya Hisyam berterus terang dengan Fifi yang dia mencintai Fifi dan ingin mendapat kepastian samaada Fifi menerimanya agar dapat beliau berterus terang dengan keluarganya.

Fifi terkedu. Layakkah dia dicintai Hisyam? Bukankah mereka tidak setaraf? Adik bongsu Fifi MIRA berpendapat bahawa cinta itu anugerah Tuhan dan Tuhan berhak menganugerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Akhirnya Fifi menyerahkan semuanya kepada Hisyam."

Apakah akan terjadi kepada cinta ikhlas mereka? Adakah tentangan daripada keluarga Hisyam terhadap niat baiknya? Dapatkan mereka disatukan atas nama cinta? Apakah Sheera yang akan rasa tercabar akan membalas dendam kepada Fifi dan Hisyam? Segala persoalan akan terjawab dalam telemovie HANYA DIKAU arahan AMIE MAZIAH terbitan SUHAN MOVIES & TRADING SDN. BHD. Di TV2 akan datang... info tayangan akan diupdate nnt... :)

***  copyright  www.suhanpost.com  ::   admin@suhanpost.com

No comments: