SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

26 March 2011

AKAN DATANG - Cerekarama - IKTIKAD AHAD



Hayat Ahad berbaki hanya satu hari lagi sebelum nyawanya dicabut melalui jerutan tali gantung. Pada masa inilah, gementar dirasai seluruh badan, menghabiskan sisa-sisa nafas kerana maut sudah diketahui bila masa datangnya. Ahad meminta kehadiran seorang pegawai penjara bahagian kerohanian, untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya supaya pemergiannya disertai perasaan yang tenang. Kehidupan Ahad yang penuh dengan didikan agama akhirnya ditamatkan di tali gantung. Apakah sebabnya seorang pendakwah seperti Ahad mendapat hukuman sebegitu rupa? Saksikan, Iktikad Ahad di Cerekarama, Sabtu 2 April 2011.

Barisan pelakon:

Fizz Fairuz
Zoee Tan
Idris Md Diah
Talha Harith
Naim Daniel
Fazli Daniel
Josiah Hogan


Pengarah : Fairuz Loy (6 progresif/susuk)
Penyunting : Haikal Fadzil (Trilogi Cinta/Begitukah Cinta/Nenek Kebaya)

18 March 2011

ALFATIHAH

Bapa kepada seorang kakitangan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Pn Liza telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah dan mendoakan arwah ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman dan bertaqwa. Kami warga Suhan Post Enterprise mengucapkan takziah kepada Pn Liza sekeluarga.


Al- Fatihah...

PENCARIAN JUNIOR EDITOR DI SUHAN POST ENTERPRISE

Jawatan : Junior Editor
Bil kekosongan : 2

1. MINAT yang SANGAT tinggi dalam bidang penyuntingan drama.
2. Lelaki/perempuan
3. Fresh graduate diutamakan
4. Pernah dan mahir berinteraksi dengan Final Cut Pro, Avid Liquid, Adobe After Effects, Photoshop dan Illustrator.
5. Mampu menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.
6. Mempunyai semangat kerja berpasukan.
7. Mampu menyesuaikan diri dengan waktu kerja yang fleksibel.
8. Mampu mengadaptasi dengan tekanan kerja yang tinggi.

Sekiranya berminat, sila hantar resume LENGKAP ke email:

to: suhanpostenterprise@gmail.com
cc: suhanmovies@yahoo.com

atau hubungi

03-2273 5449 (Selamat Yusof, Senior editor)
03-2274 0449 (Pn. Norhaizan, Penerbit Penyelaras)



tarikh tutup : 1 April 2011
Adakah anda junior editor yang kami cari?

08 March 2011

ASMARA akan bermula tayangan MALAM ini 9.00 malam... EPISOD 01

Setelah 13 minggu penantian setelah tamat ASMARA musim 1, maka malam ini akan bermulalah tayangan 13 episod ASMARA musim ke-2... ASMARA menjadi drama kedua dalam slot Lestari yang di sambung ke musim ke 2... Terima kasih kepada penonton, peminat dan pengikut tegar drama ASMARA atas sokongan anda... teruskan menyokong, manalah tahu ada rezeki utk sambung musim ke 3... hehehe....

sedikit snapshot utk Episod 1 ASMARA musim ke 2...




Asmara masih terkilan kerana tidak dapat menatap wajah zaliya buat kali terakhir...



Melati menyedarkan Asmara yang dia masih ada Adam, satu-satunya peninggalan oleh Zaliya kepadanya...



Asmara mula sedar, dia patut kuatkan semangat demi Adam...


Zaliya yang dikatakan telah meninggal dunia oleh Sahlan sebenarnya terlantar koma dan disembunyikan di rumah Sahlan. Hanya Sahlan, Rohayu, Tria dan orang gaji yang tahu mengenai Zaliya. Pada orang lain, Zaliya telah tiada...


Teruskan menonton ASMARA 2,
setiap SELASA,
pukul 9.00 malam 
di TV3