SuhanPost @ Youtube

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

WEBSITE UNDER CONSTRUCTION

16 August 2011

Telemovie Raya Komedi berjudul SEKERING JIWA ENTE di Raya ke-3




Bagi mengisi hari anda di hari perayaan Aidilfitri, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. sekali lagi menerbitkan sebuah telemovie komedi raya buat tatapan penonton. lakonan mantap oleh Bell Ngasri, Syed Ali, Along Eyzendy, Ramona Zamzam dan Ainina Ahmad B.















sinopsis ringkas

mengisahkan Hamzah (Bell Ngasri) yang bekerja sebagai despatch cuba berlagak alim sebagai ustaz propa bila tiba bulan puasa semata-mata untuk mengorat jirannya, Ain (Ramona). Propanya berlebih-lebih sehinggakan berperwatakan seperti pak arab dengan menggunakan ganti nama 'ente' dan 'ana' dalam percakapan agar kelihatan lebih alim dan baik. Housemate dia Abe (Syed Ali) dan Ajis (Along Eyzendy) yang setiap hari terpaksa mendengar dan melihat kepropaannya semakin tidak tahan dengannya malah ada yang di'kena'kan oleh Hamzah yang suka melihat housemate-housematenya susah. 

Namun, setiap perbuatan jahat pasti akan dibalas oleh Allah dan begitu juga lah dengan Hamzah yang dibalas dengan pelbagai dugaan untuk balik berhari raya di kampung. Apakah balasan yang diterima oleh Hamzah? Dapatkah Hamzah beraya di kampung bersama keluarga? saksikan telatah Hamzah dalam telemovie komedi raya SEKERING JIWA ENTE di TV9 pada hari raya ke-3 pukul 6.30ptg...


menurut Ramona Zamzam di laman facebooknya, satu press conference untuk telemovie ini bakal diadakan pada 18/08/2011 Khamis, di One Utama pada pukul 11:00pg. 



kepada follower2 blogger... boleh la share di blog anda & backlink ye... terima kasih... :)

video sneak preview Telemovie Raya SEKERING JIWA ENTE




***  copyright www.suhanpost.com  ::  admin@suhanpost.com

6 comments:

sherrina said...

Saya bukan pengikut tegar drama melayu tetapi drama ini benar-benar membuatkan saya ketawa besar dan terhibur. Itu pun kerana tertonton di TV9. Ini baru betul-betul drama komedi yang berkualiti. Ada cara ke untuk membeli vcd atau dvd telemovie ini?

RoMy said...

terima kasih kerana menonton... :)

pasal vcd atau dvd rasanya mcm xde kuar sbb copyright pd pihak tv... tp kalau ada link utk download nnt kami akan share di sini... :)

terima kasih... nantikan pula telemovie2 'tribute p.ramlee' yang bakal ke udara tak lama lagi... :)

hafizi said...

cite nie mmg membuatkn sy gelak terbahak2....kt mne nk download cite nie??? nk tgk skali lg la...

sherrina said...

Kalau ada link download, share disini ya. Saya suka cite ni sangat-sangat.

MediaCapture said...

boleh download kat sini > http://media.khalstore.com/sekering-jiwa-ente-2011-sdtv/

suhanpost said...

terima kasih kerana sokongan anda terhadap drama yg dihasilkan